Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kerjasama Merentasi Kementerian Perkasa...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan menjalin kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan...

Tandas Hotel Meletup Selepas...

BENTONG - Seorang lelaki melecur di bahagian muka selepas menyalakan api rokok di...

Tak Sambut Salam –...

Baginda tidak perasan atau sengaja tidak menyambut salam Timbalan Menteri di Jabatan Perdana...

Usul RUU 355 Dipinda...

KUALA LUMPUR - Usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah...

Teruskan Doa Keselamatan Pensyarah UniSZA

KUALA NERUS – Rakyat Malaysia diharap akan terus menzahirkan solidariti dengan mendoakan keselamatan seorang pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang menyertai kapal flotila Al-Awda ke Gaza dan dipercayai ditawan tentera laut Israel, malam tadi.

Naib Canselor (UniSZA) Profesor Datuk Dr Ahmad Zubaidi A Latif berkata ketika ini, pihaknya sentiasa berhubung dengan Kementerian Luar bagi mendapatkan maklumat terbaru mengenai nasib Prof Madya Dr Mohd Apandi Salleh, wakil tunggal Humanitarian Ca­re Malaysia (MyCare) yang menyertai kapal flotila itu.

“Mohd Afandi yang juga Timbalan Dekan Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa UniSZA, telah melakukan persiapan rapi (mental dan fizikal) setahun lalu sebelum nekad menyertai misi kali ini.

“Mohd Afandi dan keluarga juga sudah nekad berdepan sebarang kemungkinan bagi menjayakan misi kali ini, malah beliau adalah seorang aktivis kemanusiaan yang sangat aktif dalam pelbagai misi sejak di zaman universiti lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program pemerkasaan bahasa Inggeris bersama 43 pelajar dari 35 universiti dari Turki di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata solidariti rakyat Malaysia sangat penting sebagai isyarat jelas kepada Israel bahawa perjuangan melakukan aktiviti kemanusiaan di Gaza adalah matlamat banyak pihak di seluruh dunia.

“Kami sentiasa melakukan solat hajat dan solat tahajud sejak Mohd Afandi menyertai misi ini dan kami sangat berbangga dengan keberaniannya yang sentiasa peka dengan isu-isu kemanusiaan di seluruh dunia.


“UniSZA berharap keluarga Mohd Afandi sentiasa tabah dengan ujian ini dan kesemua kita mahu beliau dibenarkan masuk ke Gaza bagi menyampaikan bantuan kemanusiaan itu seterusnya pulang ke Malaysia dengan selamat,” katanya.

Difahamkan, ini adalah misi ketiga Mohd Afandi ke Gaza di mana dua misi sebelum ini adalah melalui jalan darat.

Isteri Mohd Afandi, Ayu Mazlan, 45, ialah seorang peguam yang mempunyai firma guaman sendiri di Kuala Terengganu dan pasangan ini mempunyai empat cahaya mata.

Bernama berkunjung ke kediaman pasangan ini petang ini untuk menemui Ayu namun mendapati tiada sesiapa di situ kerana difahamkan beliau ketika ini berada di Kuala Lumpur untuk mendapatkan status terkini suaminya.

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif MyCare, Kamarul Zaman Shaharul Anwar melaporkan pihaknya terputus hubungan dengan Mohd Afandi selepas kapal yang dinaikinya dihampiri empat buah kapal perang Israel kira-kira 7.15 malam semalam di 53 batu nautika (kira-kira 110.5 kilometer) dari pesisir pantai Gaza. – BERNAMA

Kategori