Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Hari Kebangsaan 2015 Disambut...

KUALA LUMPUR - Sambutan Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka diraikan dengan penuh...

Ambulans Tiba-Tiba Terbakar Di...

KUALA KANGSAR - Sebuah ambulans terbakar 80 peratus di persimpangan lampu isyarat Taman...

Polis Cedera, Putus Urat...

TELUK INTAN - Dua anggota polis cedera di tangan ketika bergelut menahan seorang...

MySejahtera Diperluas Untuk Janji...

KUALA LUMPUR: Sistem Janji Temu secara atas talian melalui aplikasi MySejahtera diperluas kepada...

Teruskan Projek Jika Baik Untuk Rakyat – Najib

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggesa kerajaan supaya meneruskan projek terdahulu yang bermanfaat untuk rakyat dan membatalkannya jika tidak baik untuk negara.

Mengambil contoh pembatalan Projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3), Najib berkata, kerajaan kini tidak sepatutnya membatalkan projek hanya kerana ia dilaksanakan kerajaan terdahulu.

“Sekiranya kerajaan kini dapati projek yang dilaksanakan tidak baik, batalkan saja. Tapi, mereka (kerajaan) perlu keluar dengan idea yang lebih baik.

“Anda boleh batalkan projek yang ada tetapi buatlah untuk kebaikan rakyat. Persoalannya kini, adalah anda lakukan untuk kebaikan rakyat atau sebaliknya?” katanya.

Najib berkata demikian pada majlis doa selamat dan solat hajat sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-65 dan meraikan ahli keluarga mangsa tragedi MH17, di kediamannya, di sini, malam ini.

Yang turut hadir ibu Najib, Tun Rahah Mohd Noah; isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan keluarga terdekat.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan terdahulu tidak sepatutnya dipersalahkan, malah kerajaan kini perlu lakukan yang terbaik untuk berikan hak rakyat seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan.


“Tanggal 9 Mei masih segar di ingatan rakyat Malaysia dan 100 hari sudah menghampiri ke penghujungnya. Berapa banyak janji yang sudah dilaksanakan?

“Rakyat tidak sepatutnya terima kurang daripada apa yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan,” katanya.

Jelasnya lagi, ketika menjadi kerajaan, beliau tidak pernah menjanjikan perkara yang tidak boleh laksanakan.

“Saya tidak sanggup untuk berdepan dengan Allah SWT sekiranya gagal menunaikan janji kepada rakyat semasa saya mentadbir.

“Saya tidak mahu dituduh berbohong kepada rakyat. Disebabkan itulah saya buat yang terbaik semasa menjadi Perdana Menteri,” katanya. – BH Online

Kategori