Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PowerPole, Monopod Merangkap Power...

Power bank kini keperluan kerana kapasiti bateri peranti pintar anda tidak berkembang sepantas...

Tony Fernandes Kesal Video...

Ketua pegawai eksekutif Capital A Bhd, Tony Fernandes membidas Facebook kerana membiarkan video...

Imigresen Ada Kongsi Maklumat...

SEPANG - Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali mempertahankan bahawa memang wujud...

Sanggup Langgar Undang-Undang Kerana...

MENJADI perkara biasa bagi orang dewasa untuk mendirikan rumah tangga apabila sampai 'serunya'...

“Tiada Apa Saya Harap Kecuali Kesihatan Baik”

SIBUK… Siti Nordiana tidak ralat mengorbankan masa rehatnya sejak tiga tahun lalu memenuhi pelbagai tawaran, sebaliknya menikmati setiap detik berharga itu dengan penuh syukur.

Katanya, ada ketika dia terlupa untuk dapat rehat cukup kerana sibuk memenuhi pelbagai undangan menyanyi dan berlakon. Namun, dia menghargai setiap peluang itu kerana tidak semua insan seni memperoleh tuah yang sama.

“Saya sukar mengatakan tidak. Apabila ada pihak mahu menggunakan khidmat saya, itu bermakna mereka menghargai dan mempercayai bakat saya.

“Saya bermula dalam bidang seni pada usia terlalu muda, selain sering berdepan pelbagai dugaan dalam mengharungi pasang surut kerjaya.

“Sekarang, tiada apa lagi yang ingin saya harap kecuali diberikan kesihatan yang baik supaya dapat memberikan hasil kerja yang maksimum, selain tidak lupa diri,” katanya kepada BH Online.

Pemilik nama sebenar Siti Nordiana Alias, 34, itu menceburi dunia seni suara pada 1999 ketika berusia 15 tahun menerusi album pertama, Gurindam Rindu Berkasih.

Populariti penyanyi sinonim dengan lagu pop Melayu dan irama tradisional itu semakin mekar selepas berpasangan dengan Allahyarham Achik, seterusnya cipta fenomena tersendiri selepas juarai Gegar Vaganza musim kedua.


Sementara itu, dia yang mesra disapa sebagai Nana memaklumkan, baru pulang bercuti dari Bangkok, Thailand bagi menyegarkan minda dan mencari ilham baharu.

Bintang Klik! Pengantin Musim Salju itu berkata, pemergian selama tiga hari ditemani beberapa rakan dianggap sebagai ruang untuk berehat sepenuhnya selepas tiga tahun sibuk dengan pelbagai aktiviti seni.

“Sebelum ini, saya pernah ke Madrid, Sepanyol dan Hokkaido, Jepun, tetapi atas urusan kerja serta penggambaran. Kali ini, saya betul-betul bercuti kerana kebetulan pula ada waktu senggang selama tiga hari.

“Jika tiada aral melintang, November nanti, saya mahu membawa anak, Muhammad Rayyan Nakhie bercuti di Tokyo,” tambah ibu tunggal itu. – Mynewshub.tv

Kategori