PUTRAJAYA – Polis tidak menerima sebarang laporan berlaku kecurian di Seri Perdana, yang merupakan kediaman rasmi bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti dakwaan di laman sosial.
“No report so far,” (Tiada laporan setakat ini), kata Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hassan ketika ditanya tentang dakwaan bekas pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Anina Saadudin di laman Facebook miliknya bahawa bilik stor di Seri Perdana dimasuki pencuri dan barangan peribadi milik Najib di stor itu dicuri.
Dalam catatan di laman Facebook itu, Anina turut memuat naik gambar yang menunjukkan keadaan bilik yang berselerak. – BERNAMA