Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tidak Gentar Ugutan Saman...

PETALING JAYA - Penyanyi Black Hanafiah tidak gentar dengan ugutan pengurus acara yang...

Tiada Tindakan Hina Mahkamah...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menolak permohonan pihak pendakwaan...

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan...

KUALA LUMPUR: Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengekalkan rekod sifar penculikan untuk...

Kejayaan Ummi Hajidah Dalam...

KANGAR - Bagi Ummi Hajidah Mohamad Asri, kejayaannya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia...

Tiada Rombakan Dalam Kementerian Wilayah – Khalid

PUTRAJAYA — Menteri Wilayah  Khalid Abdul Samad tidak bercadang membuat sebarang rombakan dalam kementerian itu

“Saya datang  bukan untuk buat rombakan. Saya hargai apa yang telah dilaksanakan dan yang penting dalam menuju masa hadapan kementerian ini akan lebih telus, bersih, amanah dan bebas dari apa juga bentuk penyelewengan ,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa lawatan ke Perbadanan Putrajaya di sini hari ini.

Khalid yang mengangkat sumpah jawatan berkenaan Isnin lepas  berkata, keutamaannya sekarang ialah untuk melihat tugasnya di kementerian tersebut secara keseluruhan.

“Saya kena faham tugas sebagai Menteri Wilayah.  Soal hendak  lakukan siasatan bukan tugas saya, “ jelasnya ketika ditanya mengenai siasatan kes penjualan  64 lot tanah kerajaan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada pemaju.

Sebelum ini, Anggota Parlimen Kepong (DAP), Lim Lip Eng membuat laporan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat segera kes penjualan 64 bidang tanah berkeluasan 171 hektar pada harga RM4.28 bilion kepada Yayasan Wilayah Persekutuan pada 2013 melibatkan bekas menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Jelas Khalid, pihaknya akan berikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak yang  melakukan siasatan.


“Tidak akan ada perlindingan. Tidak kira siapa pun yang terlibat dan melakukan pecah amanah. Ia merupakan tindakan mengkhianati kepentingan awam. Jika terbukti terdapat salah guna kuasa dan penyelewengan maka individu yang terlibat perlu bertanggungjawab,” katanya lagi.

Mengenai Putrajaya, Khalid berkata,  kehijauan yang terdapat di Putrajaya akan dikekalkan dan cabaran seterusnya ialah meningkatkan kualiti sistem pengangkutan awam selain menangani jumlah kenderaan yang semakin bertambah dan kesesakan jalan raya. – Bernama

Kategori