Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Banjir Kilat: Lebih 10...

GEORGE TOWN - Lebih 10 kawasan di Pulau Pinang ditengelami air selepas hujan...

Persidangan Aktivis LGBT Di...

KUALA LUMPUR – Satu persidangan antarabangsa mengenai gender dan seksualiti bakal diadakan di...

Untung Bersih Top Glove...

KUALA LUMPUR – Pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia, Top Glove Corporation Bhd...

Kerjasama NBOS Laksana Program...

KOTA BELUD – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

Tuanku Zara Rasmi Relay For Life Kuala Lumpur 2018

PETALING JAYA – Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan merasmikan Program ‘Relay for Life Kuala Lumpur 2018’ bertempat di Dataran Petaling Jaya, hari ini.

Program tahunan anjuran Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) itu bertujuan memupuk kesedaran masyarakat tentang kanser serta kepentingan mengesan dan membuat imbasan awal.

Antara aktiviti yang menjadi tumpuan ialah berjalan kaki melibatkan lebih 1,000 peserta termasuk 500 pejuang kanser untuk mengelilingi trek selama lapan jam tanpa henti secara bergilir bermula dari pukul 4 petang sehingga pukul 12 tengah malam ini.

Tuanku Zara turut beramah mesra dengan peserta program dan melengkapkan satu pusingan acara berjalan kaki dengan mengelilingi trek sepanjang 350 meter itu.

Pelbagai pihak terlibat dalam acara kali ini termasuk kira-kira 50 persatuan kanser dari seluruh negara serta persatuan kanser dari Singapura dan Filipina, organisasi, universiti dan pihak sekolah yang terlibat menyertai aktiviti berjalan kaki itu.

Aktiviti sehari itu turut menjemput penyanyi Awi Rafael membuat persembahan bagi memeriahkan program pada malam ini.


Pada majlis itu, Penasihat Kehormat NCSM, Datuk Zuraidah Atan mengucapkan terima kasih di atas sokongan semua pihak kerana program tahunan yang sudah mencecah edisi ke-12 itu sentiasa mendapat sambutan orang ramai setiap tahun.

Sehingga kini acara itu telah mengumpul 40,000 peserta serta 6,500 bekas pesakit kanser sepanjang penganjurannya. – BERNAMA

Kategori