Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mahathir Bertemu Dengan Pimpinan...

KOTA BHARU – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengadakan pertemuan tertutup dengan...

Hamilton Catat Masa Terpantas...

SEPANG - Penyandang juara dunia, Lewis Hamilton dari pasukan Mercedes AMG Petronas mencatatkan...

KJ Anggap Dirinya Panglima...

KUALA LUMPUR – Prinsip wala’ atau ketaatan yang diamalkan terhadap pemimpin serta institusi...

M’sia Sedia Tambah Aset...

KUALA LUMPUR - Malaysia bersedia menambah aset-aset ketenteraan serta aset daripada pelbagai agensi...

Tumpah Darah Pasca PRU-14 Bukan Hajat Najib

DATUK Seri Najib Razak menegaskan tidak mahu berlaku pertumpahan darah apatah lagi negara berada dalam keadaan huru-hara pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Bekas Perdana Menteri mendakwa dirinya tetap seorang demokrat dan percaya akan kehendak rakyat.

Sehubungan itu, beliau menafikan tuduhan kononnya mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) diadakan pada malam 9 Mei lalu selepas Barisan Nasional (BN) kalah.

“Saya adalah seorang demokrat, saya percaya akan kehendak rakyat. Mereka menuduh saya mengadakan mesyuarat MKN, tidak ada mesyuarat seperti itu.

“Anda boleh tanya semua ahli,” katanya dalam satu temubual ekslusif bersama Malaysiakini, baru-baru ini.

Sebelum PRU-14, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad sering mendakwa konon Najib tidak akan serah kuasa dan mungkin akan memanggil MKN sekiranya kalah kerana takut ditangkap.

Memetik laporan agensi berita Reuters, Mahathir berkata, pihaknya terkejut apabila memenangi PRU-14, kerana Najib sedar bahawa dia akan dipenjarakan jika kalah pada pilihan raya itu.

“Saya fikir dia akan mempunyai rancangan lain,” tohmahnya.

Rabu lalu, Dr Mahathir mengucapkan terima kasih kepada BN atas peralihan kuasa yang aman.

Dalam pada itu, Najib turut mendakwa kerajaan PH hanya ingin menganiaya dirinya.

Bagaimanapun, beliau yakin tidak melakukan apa-apa kesalahan dan bersedia untuk menghadapi semua pertuduhan bagi membersihkan namanya.

Ditanya mengenai perasaan semasa keputusan PRU-14 diumumkan, beliau menjelaskan tenang menerima kekalahan itu.

“Saya fikir kami akan terkejut dan trauma.

“Tetapi kami memutuskan untuk menerima kehendak rakyat dan terus bergerak ke hadapan,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Umum PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa Najib memanggilnya pada malam 9 Mei.


Ditanya mengenai perkara itu, Najib enggan mendedahkan apa yang dibincangkan dan hanya mengatakan ia adalah perbualan peribadi.

“Beliau (Anwar) hanya berterima kasih kerana saya melayannya dengan baik ketika dia menjalani hukumannya.

“Pada saat akhir ketika beliau menjalani rawatannya, saya benarkan dia tinggal di rehab khas yang sangat selesa.

“Kita hanya bertukar pendapat berhubung pemilihan yang berjalan. Jadi, saya fikir biarlah ia menjadi perbualan peribadi,” katanya.

Menjawab soalan lain, Najib juga menjelaskan sebab beliau tidak menyampaikan ucapan pada malam PRU-14 lalu dan memilih untuk melakukannya pada keesokan harinya.

“Saya tidak memberi ucapan pada malam 9 Mei kerana perlu sedikit masa untuk pulih.

“Tidak mudah untuk bertemu petugas media pada malam yang sama, saya perlu tenangkan fikiran saya dan dapatkan keputusan akhir,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyokong kenyataan Yang di-Pertuan Agong berhubung tidak ada parti yang memperoleh majoriti.

“Keesokan harinya, ucapan baginda adalah ucapan yang betul secara teknikal.

“Saya percaya baginda akan putuskan yang terbaik untuk negara dan membenarkan PH membentuk kerajaan.

“Ia baik untuk kita dan baginda berhak untuk memutuskannya di bawah perlembagaan,” katanya. – Mymetro

Kategori