Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Bayi Lelaki Ditemui Di...

KUALA LUMPUR - Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemui di sebuah...

PH, PKR Tak Bertanding...

Pakatan Harapan (PH) memutuskan supaya PKR tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, di Pahang, yang akan diadakan pada 4 Julai depan.Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata keputusan itu dibuat berikutan kerisauan terhadap aspek keselamatan pengundi berikutan penularan wabak COVID-19

APM Tangkap Ular Sawa...

JOHOR BAHRU - Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) bertarung hampir 10 minit sebelum...

Dyana Sofya Dakwa Jadi...

KUALA LUMPUR - Pemimpin Melayu DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud mendakwa dirinya dijadikan...

Tutup Klinik 1 Malaysia? Terima Kasih PH!

HABIS… Fobia dengan segala legasi bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Pakatan Harapan (PH) mula bertindak tutup apa sahaja tinggalan imej beliau yang dekat rakyat marhaen!

Terbaharu, waima tidak termasuk pun senarai 10 janji manifesto PH untuk dilaksanakan dalam tempoh 100 hari pemerintahan, kerajaan baharu Malaysia itu bakal henti operasi beberapa buah Klinik 1 Malaysia di seluruh negara.

Ia sekali gus mengesahkan kebimbangan rakyat jelata terutamanya golongan tidak mampu mengenai status klinik kerajaan diwujudkan Barisan Nasional (BN) itu apabila akhirnya jadi kenyataan untuk ditutup dalam masa terdekat.

Beberapa notis penutupan Klinik 1 Malaysia di sekitar Lembah Klang tersebar menerusi media sosial. Namun tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak bertanggungjawab khasnya daripada Kementerian Kesihatan sendiri.

Ramai kalangan netizen pro-PH mempersoalkan kenapa tidak ada kenyataan rasmi dibuat pihak kerajaan manakala pengguna media sosial pro-BN bertanya mengapa hanya klinik yang banyak bantu orang miskin pula perlu ditutup.

Ada turut persoal kenapa cukai jualan dan perkhidmatan (SST) untuk kapal terbang, kapal mahupun kapal angkasa dan alat sukan luncur salji  tidak dikenakan tetapi klinik rakyat pula jadi mangsa ditutup mulai 1 September depan.

Baca: Arahan Pelik Hasut Murid ‘Buta’ Sejarah

Mengapa keistimewaan diberi kepada orang kaya dan mengapa orang miskin didiskriminasi? Apa guna rakyat derma kepada Tabung Harapan Malaysia konon untuk bayar hutang kerajaan yang didakwa cecah RM1 trilion?


Adakah ini hadiah untuk rakyat terutama pengundi PH sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-61 pada 31 Ogos nanti sebagaimana pelaksanaan semula SST sebanyak 16 peratus berkuat kuasa sehari selepas tarikh keramat itu?

Setakat ini notis penutupan Klinik 1 Malaysia itu yang sudah tular cuma melibatkan premis di sekitar Selangor iaitu Sungai Kayu Ara, USJ 1 Subang Jaya, Seksyen 24 Shah Alam, Damansara Damai, Puchong Jaya dan Kelana Jaya.

Tidak diketahui sama ada Klinik 1 Malaysia di kawasan lain turut menerima nasib yang sama, namun khabar angin menyatakan lebih banyak klinik berkenaan di seluruh negara akan ditutup secara berperingkat sepanjang tahun ini.

Untuk rekod, klinik khas ini diwujudkan oleh Najib bersesuaian dengan gagasan 1Malaysia diperkenalkan pada tahun 2009 melibatkan pembukaan lebih 300 buah di seluruh negara beroperasi setiap hari kecuali cuti umum.

Ia hanya caj RM1 kepada warga Malaysia dan RM15 untuk rakyat asing. Kewujudan klinik ini yang meringankan beban penduduk miskin bandar menyebabkan banyak klinik swasta mengalami kerugian. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori