Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Anwar Ucap Tahniah Kepada...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada...

“Cukup-Cukuplah Panggil Najib Penyamun,...

SHAH ALAM - “Cukup-cukuplah menggelar dan memanggil Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak)...

Nazim Othman, Bella Dally...

KURANG dari dua tahun usia perkahwinan pasangan pelakon terkenal, Nazim Othman dan Bella...

Jumlah Mangsa Banjir Kedah...

ALOR SETAR - Mangsa banjir di negeri ini terus meningkat kepada 546 orang...

Ustaz Kazim Bantu Warga Emas Bertemu Jodoh

IPOH – Pasangan warga emas yang mengikuti kelas pengajian agama di Pusat Pendidikan Al Barakah di sini bertemu jodoh apabila pengasas dan pengetua pusat pendidikan itu Datuk Mohd Kazim Elias menjadi ‘orang tengah’ penyatuan pasangan berkenaan.

Hussain Abdul Rahman, 84, selamat dinikahkan dengan pasangannya, Kamsiah Adam, 66, pada majlis yang berlangsung di surau pusat pendidikan berkenaan hari ini.

Hussain ketika ditemui pemberita berkata beliau mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga selepas mengenali hati budi pasangannya sejak dua bulan lalu semasa mengikuti kelas pengajian di pusat pendidikan tersebut.

“Alhamdulillah, saya berterima kasih dengan cadangan Ustaz Kazim sebab dia melihat saya keseorangan sejak saya mula mengikuti kelas di sini tiga bulan lalu.

“Ini perkahwinan saya yang ketiga dan saya berharap ia akan kekal sehingga akhir hayat. Saya berkahwin kerana mahu menjalankan amal ibadat dengan lebih tenang di sini apabila ada insan yang sudi menjaga saya,” kata bapa kepada tujuh anak serta 17 cucu itu.

Sementara itu, Kamsiah yang kematian suami sejak 37 tahun lepas berkata beliau mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga kerana terpikat dengan peribadi Hussain yang taat mengamalkan ajaran agama selain mahu menjaga pasangannya itu yang mengalami sakit lutut.


“Kami merancang untuk terus tinggal di sini dan mendalami ilmu agama dan menjalankan ibadah bersama-sama sehingga akhir hayat,” katanya yang mempunyai tiga orang anak dan empat cucu.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh adik Kamsiah iaitu Hamzah Adam dengan disaksikan Timbalan Pendaftar Ipoh, Mohd Azarudin Mohamad Saarani.

Dalam pada itu, Ustaz Kazim berkata pasangan itu merupakan pasangan yang keenam membabitkan pelajar kelas pengajian agama yang bertemu jodoh di pusat pendidikan berkenaan.

“Beliau (Hussain) merupakan pelajar yang paling senior dari segi usia di sini. Kami bersyukur dapat menyatukan mereka sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim antara dua keluarga,” katanya. – BERNAMA

Kategori