Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Kucing Buta Dan Pekak,...

SETIAP ciptaan Allah S.W.T ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Haiwan juga tergolong daripada...

1,571 Kes Baru, Satu...

Sebanyak 1,571 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,526,298.Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, InstagramJumlah...

Penumpang Bot Karam Bayar...

SABAK BERNAM - Penumpang yang berada di atas bot karam masing-masing membayar RM700...

UPSR: Tun Zaki Dilantik...

TUMPAT (Kelantan) - Bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi diumum dilantik...

Usul Mansuh GST Dibentang Minggu Depan – Liew

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan membentangkan usul bagi memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) minggu depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

Beliau berkata rang undang-undang pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), yang akan menggantikan GST, juga dijangka dibentang minggu depan.

“(Usul untuk memansuh GST) Rasa saya minggu depan, mungkin pada Isnin,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Ditanya sama ada rang undang-undang SST akan dibentang pada hari sama, Liew berkata: “Saya tak fikir begitu. Rasa saya, pemansuhan akan dilakukan terlebih dahulu,” katanya.

Kerajaan akan memperkenalkan semula SST pada 1 Sept bagi menggantikan GST, yang ditetapkan pada kadar sifar mulai 1 Jun tahun ini.


Mengenai Akta Berita Tidak Benar, Liew berkata syor yang terdapat sekarang ialah pemansuhan sepenuhnya akta itu, bukan membuat pindaan terhadap undang-undang.

“Ia akan dilaksanakan dan seperti kata saya sebelum ini, saya sudah sediakan memorandum berkenaan dan akan mengemukakan kepada Kabinet untuk mendapatkan kelulusan,” katanya. – BERNAMA

Kategori