Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Aznil Tergelak Peminat Lamar...

SUDAHLAH popular, kelakar, tampan dan lama menduda pula, tidak hairanlah beliau digilai ramai...

Kabinet Bincang Ambil Alih...

GEORGE TOWN - Cadangan pengambilalihan konsesi lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Bhd. (PLUS)...

Ditahan Polis Kerana Stoking...

NEW DELHI - Sepasang stoking busuk menyebabkan seorang lelaki ditahan Polis India kerana...

Dakwaan Tular Econsave Lahad...

LAHAD DATU - Pasaraya Econsave Lahad Datu menafikan penularan dakwaaan terdapat kanak-kanak lelaki...

Wanita Tanam Mayat Bekas Suami Untuk Jadi Baja

MOSCOW – Seorang wanita ditangkap selepas membunuh bekas suaminya sebelum memotong mayat mangsa menggunakan gergaji rantai dan menanam anggota badan itu di kebun sayur untuk dijadikan baja.

Olga Sterlyadeva, 32, menetak leher Alexander dengan kapak dua kali ketika lelaki itu tidur sebelum memotong mayat mangsa menggunakan gergaji besi di rumahnya di kampung Staroe Slyakovo di wilayah Tatarstan.

Ibu kepada tiga anak itu pada mulanya membiarkan mayat Alexander, 32, yang ditutup dengan tanah di bilik bawah tanah sebelum menanam anggota badan mangsa di kebun sayurnya di belakang rumah.

Akhbar Moskovsky Komsomolets melaporkan, pasangan itu sudah berpisah tetapi masih tinggal bersama di rumah berkenaan kerana Alexander tiada wang untuk berpindah.

Olga dilaporkan membunuh bekas suaminya kerana masih berdendam dan tidak dapat memaafkan lelaki itu kerana curang sepanjang perkahwinan mereka.

Lelaki itu dilaporkan hilang selama lebih enam minggu sebelum polis menemui mayatnya yang dipotong-potong dan ditanam di kebun sayur di rumah berkenaan baru-baru ini.


Olga mengaku membunuh bekas suaminya dan memberitahu, dia menanam mayat mangsa di kebun untuk dijadikan baja kepada sayuran yang ditanamnya.

Polis memberitahu, wanita itu ditahan untuk siasatan lanjut dan berdepan hukuman penjara 15 tahun sekiranya didapati bersalah membunuh bekas suaminya. – Daily Mail/myMetro Online

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori