Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Che Ta Mengamuk Di...

BENGANG dan tidak tahan dituduh enggan membayar cukai oleh seorang netizen di laman...

Ini Antara Sebab Mengapa...

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO hari ini mendesak agar Tommy Thomas segera meletakkan...

Calon BN Melaka Mampu...

MELAKA - Calon Barisan Nasional (BN) Melaka yang bakal bertanding pada Pilihan Raya...

Jual Equanimity Bukan Tugas...

PETALING JAYA - Dengan Mahkamah Admiralti memberikan kebenaran kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB)...

Parti Warisan Sabah Sangkal Dakwaan Ongkili

KOTA KINABALU – Parti Warisan Sabah (Warisan) membidas pemangku presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berhubung dakwaan kononnya Warisan tidak melakukan perkara baharu atau bermanfaat kepada rakyat dalam tempoh 60 hari parti itu mentadbir negeri Sabah.

Christopher Masudal, pegawai khas kepada timbalan presiden Warisan Darell Leiking, berkata dakwaan Ongkili itu jelas menunjukkan ketidakmampuannya menerima perubahan yang sedang berlaku secara beransur-ansur demi kebaikan rakyat negeri ini.

“Ongkili mendakwa tiada apa yang baharu atau memberi manfaat dilakukan Warisan dalam tempoh 60 hari ini. Mana mungkin begitu, sedangkan sejurus selepas membentuk kerajaan negeri, Warisan menubuhkan Kementerian Pendidikan negeri dan melalui kementerian baharu ini, Sabah akan menyaksikan agihan dana secara sama rata bagi membantu sekolah berbahasa pengantar Cina, Inggeris dan bahasa Malaysia di negeri ini.

“Cadangan untuk menukar Institut Latihan Guru Tawau dan Keningau menjadi Institut vokasional dan politeknik yang dibuat semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) serta mendapat bantahan keras daripada rakyat Sabah, akan diketepikan dan kedua-dua kemudahan itu akan dikekalkan sebagai institut latihan guru,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga menyelar Ongkili kerana mendakwa kerajaan negeri baharu itu tidak berbuat apa-apa, selain mengganggu keputusan berkaitan dasar sebelum ini yang telah memberi manfaat kepada rakyat.

Masudal berkata Ongkili perlu faham bahawa rakyat Sabah menolak BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kerana dasar yang dilaksanakan parti gabungan itu yang beliau dakwa memberi manfaat, sebenarnya menimbulkan perasaan tidak puas hati dan kebencian kebanyakan rakyat, seperti pemberiran hak komunal kepada pribumi Sabah.


Menyentuh tentang peraturan berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah seperti yang disyorkan kerajaan negeri, Masudal berkata Ongkili mungkin terlupa bahawa pada 2011, satu pasukan 12 anggota daripada PBS menyuarakan sokongan mereka terhadap usaha mendokumentasikan semua PATI di Sabah melalui penggunaan sistem biometrik bagi menghalang mereka daripada mendapatkan kad pengenalan palsu kerana cap jari mereka disimpan secara berpusat.

Kata beliau, sebelum ini, PBS juga menyatakan dengan jelas pendirian parti itu yang tidak bersikap antipekerja asing serta mengalu-alukan kehadiran mereka kerana menyedari pentingnya tenaga mereka bagi menggerakkan industri di Sabah, dengan syarat golongan itu perlu didokumenkan dengan sewajarnya serta tidak boleh menjadi warganegara.

“Maka, apa bezanya dengan apa yang sedang cuba dilakukan kerajaan negeri sekarang dan dengan apa yang PBS mahu? Kami ingin mengkatalogkan dan mengawal selia pendatang tanpa izin di Sabah hampir sama seperti cara yang diingini PBS iaitu melalui penggunaan sistem biometrik,” katanya. – BERNAMA

Kategori