Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Lelaki Tunai Hasrat Isteri,...

SEORANG lelaki ini telah merealisasikan impian mendiang isterinya yang mati akibat penyakit kanser...

PRN Sarawak: Pesta ‘Tikam-Menikam’...

KUCHING - Proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 Sarawak pada Isnin...

22 Sekolah Di Kelantan...

KOTA BHARU - Sebanyak 22 sekolah di Kelantan ditutup esok berikutan keadaan banjir...

Tan Sri Azman Hashim...

KUALA LUMPUR - Usahawan Tan Sri Azman Hashim mengumumkan sumbangan dana RM30 Juta kepada...

Zara Zya Jadi Sasaran Kerana Maskot

PELAKON Zara Zya memberitahu ruang mesej peribadi (DM) Instagram miliknya menjadi sasaran peminat selepas dia membuat kejutan bersempena ulang tahun teman lelakinya, Hafreez Adam baru-baru ini.

Ini kerana kata Zara, 33, ramai bertanya di mana dia mendapatkan patung maskot beruang yang dipakainya untuk membuat ‘prank’ terhadap aktor itu.

“Sejak video itu menjadi tular ramai yang menghantar mesej kepada saya bertanya di mana mereka boleh beli maskot itu.

“Kerana ramai yang ingin membuat kejutan terhadap kekasih masing-masing seperti mana saya buat terhadap Hafreez.

“Pening juga saya hendak menjawabnya kerana maskot itu pun saya sewa sahaja dan bukannya beli,” katanya kepada mStar Online.

Zara ditemui pada sidang media program Super Spontan Xtravaganza yang diadakan pada Isnin.

Pelakon drama Mona Lisa itu bakal berentap bersama 16 pelawak lain menerusi program yang bakal bermula pada 20 Julai ini, setiap Jumaat pukul 10 malam di Astro Warna.

Dalam pada itu, Zara berkata, dia mendapat idea untuk membuat kejutan terhadap Hafreez kerana ingin melakukan sesuatu yang istimewa buat teman lelakinya itu.

Malah kata Zara, dia membuat kajian di internet terlebih dahulu bagi mendapatkan idea-idea menarik dan berbeza bagi membuat kejutan itu.


“Ini kali pertama saya buat sesuatu yang istimewa untuk seseorang kerana ingin wujudkan memori yang indah dalam hubungan kami walaupun tiada majlis besar-besaran.

“Dia sebenarnya berada di Kuantan kerana penggambaran tetapi saya minta dia pulang ke Kuala Lumpur kononnya ada perkara penting.

“Dia memang terkejut tetapi pada masa sama turut menghargai apa yang saya lakukan untuknya,” katanya.

Bercakap mengenai penyertaannya menerusi Super Spontan Xtravaganza, Zara berkata, dia bukan seorang pelawak namun ingin mencabar dirinya melakukan sesuatu luar dari kebiasaan.

Kata Zara, program itu sebenarnya bukan sekadar melihat sejauh mana seseorang itu mampu berjenaka sebaliknya menguji tahap kreativiti dalam memberi respons terhadap sesuatu situasi secara spontan.

“Itu jauh lebih sukar sebenarnya kerana otak kita perlu segar dan pantas dalam memberi respons selain kena kreatif agar tidak hambar.

“Ini yang membuatkan saya teruja untuk menyertai program itu kerana ia sangat mencabar,” jelasnya.

Tambah Zara, dia akan meminta nasihat dan idea daripada rakan baiknya, Jihan Muse bagi memastikan dia lebih bersedia menghadapi pertandingan itu. – mStar Online

Kategori