Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Agenda Pendidikan Mindef Sasar...

KLUANG - Kementerian Pertahanan hari ini melancarkan Blueprint Agenda Pendidikan Hala Tuju Kementerian...

Pokok Petai ‘Hybrid’ Sesuai...

SERDANG - Pokok petai ‘hybrid’ hasil ‘perkahwinan’ petai biasa dan petai padi, sesuai...

Tak Ambil Tindakan Undang-Undang...

KUALA LUMPUR - Keluarga seorang daripada dua mangsa pokok tumbang di Jalan Ampang,...

Saman Ex-GF Suruh Pulangkan...

SEORANG lelaki dari Rusia telah menyaman bekas teman wanitanya agar memulangkan semula wang...

Zeti Dilantik Pengerusi Sime Darby Property

KUALA LUMPUR – Sime Darby Property Bhd melantik bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz sebagai pengerusi baharunya berkuat kuasa hari ini.

Zeti yang kini memegang jawatan Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), menggantikan Tan Sri Abdul Wahid Omar yang bersara pada 30 Jun, 2018.

Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property, Amrin Awaluddin dalam satu kenyataan menyebut kehadiran Zeti memperkukuh komitmen PNB ke atas bekas gabenor itu serta perjalanan transformasinya.

“Kami berharap dapat bekerja di bawah kepimpinan Zeti dalam memajukan syarikat pada masa hadapan dan merealisasikan nilai kepada pihak berkepentingan,” katanya.

Syarikat itu turut melantik Datin Norazah Mohamed Razali sebagai pengerusi baharu jawatankuasa pencalonan dan pengiraan, menggantikan Datuk Rohana Mahmood yang meletak jawatan pada 30 Jun, 2018. – BERNAMA

Kategori