Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Ahli PKR Gesa Siasat...

Kecewa dengan pembatalan pemilihan PKR Hulu Selangor atas alasan tiada kemudahan mengundi dan...

Beckham & Anak Kemalangan,...

Walaupun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan, namun figura terkenal sukan bola sepak, David...

6 Sekolah Di Sarawak...

DENGKIL - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata projek...

Dua Surau Di Jasin...

JASIN - Dua surau di Serkam, di sini, dicampak ketulan daging dipercayai daging...

1 Maut, 1 Patah Kaki Nahas Awal Pagi

KUALA LUMPUR – Seorang maut apabila kereta dinaiki dua beradik terbabas di jalan susur keluar PLUS Malaysia Berhad (PLUS) Universiti Putra Malaysia (UPM), Jalan Seri Kembangan ke Bangi, awal pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohd Rizal Buang, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.11 pagi membabitkan kemalangan kereta jenis Toyata Avanza yang melanggar pagar jambatan di kawasan itu.

Katanya, insiden itu menyebabkan dua beradik berkenaan tersepit dan mengakibatkan salah seorang daripada mereka maut.

Beliau berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Mohamad Fais Azman, 31 manakala seorang lagi mangsa, Nurul Azmina Azman patah kaki.

“Seramai sembilan anggota bomba dari Serdang dikerahkan ke lokasi kejadian.


“Pasukan bomba menggunakan peralatan RTA (Rescus Tools) bagi menyelamatkan mangsa daripada terus tersepit di dalam kereta itu,” katanya. – BH ONLINE

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori