Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

6 Pendaki Maut Terperangkap...

NEPAL – Enam pendaki dilaporkan meninggal dunia dalam tempoh seminggu lalu di puncak...

Wang Tabung Masjid Lesap...

PASIR MAS - Masjid mukim Kuala Lemal di sini, menjadi sasaran pencuri apabila...

Nenek Usia 92 Tahun...

TABIAT aneh seorang wanita berusia 92 tahun yang gemar memakan sekilogram pasir setiap...

Penapis Hasilkan Air Seperti...

BANGI : Teknologi penapis yang menghasilkan air dengan rasa seperti air zamzam adalah...

10 Mangsa, 7 Saksi Dipanggil Berhubung Kes Gangguan Seksual

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Siasatan Bebas telah memanggil 17 individu berhubung kes gangguan seksual terhadap pegawai perubatan siswazah oleh seorang ketua jabatan di sebuah hospital di Lembah Klang.

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata individu yang dipanggil itu termasuk 10 orang mangsa dan tujuh saksi ditemu bual dan disiasat berhubung perkara berkenaan.

“Jawatankuasa itu telah bermesyuarat sebanyak dua kali dan kita telah memanggil individu-individu itu untuk membantu siasatan namun saya tidak boleh mendedahkannya (hasil siasatan dan temu bual),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran 1st Malaysian Men’s Health Conference, Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seorang Ketua Jabatan Ortopedik di sebuah hospital awam di Lembah Klang, beberapa kali membuat gangguan seksual terhadap beberapa Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) di bawah seliaan beliau.

Susulan pembongkaran kes itu, lebih ramai pegawai perubatan termasuk pelatih perubatan siswazah tampil membuat aduan yang serupa kepada pejabat Menteri Kesihatan serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui pelbagai saluran.

Dalam perkembangan lain, menjawab mengenai Skim Perlindungan Kesihatan Nasional, Dr Dzulkefly berkata pihak kementerian akan berbincang dengan Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan mengenai usaha dan pelaksanaannya pada Rabu ini.

“Tidak ada satu timeline (garis masa) yang jelas, tapi kita sekarang berada di ambang 100 hari janji Pakatan Harapan (PH) dan perkara ini terkandung dalam manifesto 10 Janji dalam 100 Hari PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Andai diluluskan kabinet, kita akan membuat pra pelancarannya,” katanya.


Dr Dzulkefly berkata skim tersebut adalah lebih mendalam, berbeza dengan Skim Peduli Sihat yang melibatkan rawatan asas sahaja yang dibuat oleh negeri Selangor.

Persidangan 1st Malaysian Men’s Health merupakan persidangan julung kali yang dianjurkan Universiti Malaya dan Malaysian Clearinghouse for Men’s Health dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia, Persatuan Andrologi Malaysia dan Kajian Penuaan Lelaki (MSASM).

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Chong Chee Kheong dan Naib Canselor Universiti Malaya, Datuk Ir Dr Abdul Rahim Hashim. – BERNAMA

Kategori