TEHRAN – Sepuluh maut dan lima lagi cedera selepas pemanas air di sebuah kawasan penduduk di bandar raya Mashhdad meletup, lapor Fars News menerusi Twitter semalam.
Tiga bangunan penempatan musnah sama sekali dalam letupan itu dan 15 rumah lagi di kawasan berkenaan turut rosak.
Gambar yang disiarkan Fars News di Twitter menunjukkan pekerja penyelamat menggali sisa runtuhan bangunan untuk mencari mangsa. — Reuters/BH ONLINE