Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Senarai Calon Hampir Selesai,...

KUALA LUMPUR - UMNO kini sudah berada dalam kedudukan bersiap sedia untuk menghadapi...

Tiada Pihak Terjejas Tabung...

BALING – Tiada pihak yang akan terjejas dengan keputusan kerajaan meletakkan Lembaga Tabung...

RTS Tak Atasi Kesesakan...

JOHOR BAHRU - Pembinaan Projek Sistem Transit Rapid (RTS) antara Johor Bahru dan...

Kerajaan Sedia Bantu BernamaTV...

GEORGE TOWN - Kerajaan tidak mempunyai masalah untuk membantu stesen televisyen BernamaTV sekiranya...

16 Orang Hilang Dalam Kebakaran Utara California

REDDING – Keadaan angin yang agak tenang dilihat memberi kelebihan kepada anggota bomba di utara California untuk terus berusaha memadamkan kebakaran hutan yang telah berlarutan selama lebih seminggu di sini, serentak dengan misi mencari 16 individu disenaraikan sebagai hilang oleh polis.

Kebakaran dikenali sebagai Carr Fire itu sehingga kini telah meragut enam nyawa sejak Khamis lalu dan ia diburukkan dengan tiupan angin kencang yang menyebabkan api bertambah marak di Redding, 260 kilometer di utara Sacramento.

Keseluruhan kawasan kejiranan itu termasuk pekan berhampiran, Keswick kini terbiar apabila ratusan penduduk meninggalkan kediaman masing-masing untuk menyelamatkan diri dari dijilat api.

Antara mangsa terkorban termasuk dua anggota bomba dan dua kanak-kanak bersama moyang mereka yang ditemui dalam keadaan menyayat hati dengan saling berpelukan di bawah selimut basah, dipercayai cuba melindungi diri dari asap tebal apabila kediaman mereka dijilat api.

Kebakaran berkenaan memusnahkan hampir 900 kediaman serta 300 bangunan lain dan pihak berkuasa berkata, jumlah kematian mungkin bertambah apabila pasukan penyelamat memulakan kerja-kerja pencarian di sisa-sisa kebakaran yang dikategorikan sebagai ketujuh terburuk dalam sejarah California.


Menurut pegawai polis Redding, Sarjan Todd Cogle, pegawai penguat kuasa undang-undang sedang berusaha mengesan 16 individu yang disenaraikan sebagai hilang selepas lima hari kebakaran bermula.

Katanya, jumlah itu sentiasa berubah, bermula dari tujuh kemudian meningkat kepada 26 orang sebelum kembali menurun apabila individu yang dilaporkan hilang ditemui dalam keadaan selamat. – Reuters/BH ONLINE

Kategori