Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

KPDNKK Beri Jaminan Bekalan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi jaminan...

Silat Milik Malaysia, Pencak...

BOGOTA - Empat amalan kebudayaan yang berasal di Asia dimasukkan dalam senarai warisan...

2,662 Dos Penggalak Vaksin...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 2,662 dos penggalak vaksin COVID-19 diberikan kepada kumpulan sasar,...

Ibu Gadis ‘Culik’ Mohon...

Sebagai seorang ibu, tiada apa yang diharapkan selain mengetahui anak berada dalam keadaan...

162 GRO Warga Asing Mengaku Salah Langgar Pas Lawatan Sosial

SEPANG – Gara-gara menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial, seramai 162 wanita warga asing dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan berkerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) di tiga buah kelab malam di Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur.

Kesemua wanita warga asing yang terdiri daripada 152 warga Thailand, empat warga Bangladesh dan masing-masing tiga warga Korea Selatan dan Laos mengaku bersalah dihadapan Hakim, Haridhsham Mohamad Yasin selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Selepas pengakuan direkodkan, Haridhsham menjatuhkan hukuman penjara antara 25 hari hingga 30 hari terhadap semua tertuduh bermula daripada tarikh mereka ditahan iaitu pada 3 Ogos lalu manakala empat lagi wanita dikenakan denda sebanyak RM500 hingga RM800.

Mengikut pertuduhan, semua tertuduh didakwa tanpa sebab yang munasabah gagal untuk mematuhi syarat-syarat Pas Lawatan Sosial iaitu bekerja di kelab malam semasa operasi Jabatan Imigresen di tiga buah kelab malam tersebut pada pukul 11.50 malam 3 Ogos lalu.

Mereka didakwa bawah Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-keduanya.


Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen, Kasthuri Bai berkata, turut didakwa pada hari ini ialah pengurus di salah sebuah kelab malam terbabit yang juga seorang lelaki warga tempatan.

Menurutnya, tertuduh mengaku salah dan dikenakan denda sebanyak RM40,000.

“Lelaki berumur 27 tahun itu turut ditahan dalam operasi sama dan telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 55E (1) Akta Imigresen 1959/63 kerana membenarkan imigran haram masuk dan berada dalam premis,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Kategori