Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

‘Menjadi Calon Rakyat’ Moto...

SUNGAI BESAR - 'Menjadi Calon Rakyat' merupakan moto calon taruhan PAS bagi Pilihan...

Najib Ucap Tahniah Kepada...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan...

Bas Pelancong Terbalik, 30...

SUNGAI BULOH - Kira-kira 30 penumpang bas pelancong dari Ipoh, Perak, nyaris maut...

2 Maut, 3 Cedera...

KOTA BHARU - Dua terbunuh manakala tiga lagi cedera apabila kereta yang mereka...

18,500 Penduduk Berpindah Operasi Matikan Bom

FRANKFURT – Sebuah pasukan pemusnah bom Jerman berjaya mematikan bom Perang Dunia Kedua yang tidak meletup, hari ini dan proses itu mengakibatkan 18,500 penduduk di bandar Ludwigshafen terpaksa berpindah seketika.

Bom itu ditemui ketika kerja-kerja pembinaan dijalankan, awal minggu ini. Bom udara seberat 500 kilogram itu mungkin digugurkan tentera Amerika Syarikat (AS).

ā€œBerita baik: bom sudah dimatikan! Penduduk boleh pulang ke rumah masing-masing,ā€ menurut bandar Ludwigshafen dalam akaun Twitter rasminya.

Ia juga memuat naik gambar terkini sebuah bom yang dikeluarkan dalam keadaan berkarat. Ia diikat pada palet kayu sebelah dialihkan dari kawasan itu.

Pihak berkuasa di bandar barat Jerman itu mengarahkan semua penduduk dalam lingkungan satu kilometer dari lokasi bom meninggalkan rumah mereka mulai jam 8.00 pagi waktu tempatan sebagai langkah berjaga-jaga, ketika operasi mematikan bom. – AFP/BH ONLINE

Kategori