Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Anak Tak Sah Taraf...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan, dalam keputusan majoriti 4-3, memutuskan anak orang Islam yang...

Seorang Maut Gempa Bumi...

SAN SALVADOR - Gempa bumi berukuran 5.1 magnitud menggegarkan El Savador semalam, menyebabkan...

Najib Umum Pembukaan Agro...

DUBAI - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu mengumumkan pembukaan...

Desak Tangguh RUU Ubah...

KUALA LUMPUR - Beberapa Ahli Parlimen terutamanya dari Sabah dan Sarawak mendesak supaya...

19 Individu Terlibat Judi Haram Di Kuantan Ditahan

KUANTAN – Polis menahan 19 individu termasuk seorang remaja kerana disyaki terlibat dalam kegiatan loteri awam haram dan judi dalam talian menerusi 15 serbuan di sekitar daerah ini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata tangkapan melibatkan suspek lelaki berumut antara 17 dan 71 tahun, majoritinya tidak berkerja termasuk masing-masing seorang warga Bangladesh dan Indonesia.

Katanya suspek ditahan antaranya di Gebeng, Panching, Jaya Gading, Beserah dan Gambang dalam Op Dadu Khas yang diadakan selama tujuh jam mulai 11 pagi, melibatkan lapan pegawai dan 53 anggota.

“Serbuan meliputi pelbagai premis perniagaan termasuk kedai menjual cakera padat, kedai runcit, kedai telefon bimbit, kedai serbaneka, stesen minyak, restoran, pusat hiburan, ladang dan kedai membaiki kenderaan.

“Kita percaya mereka ini menyewa atau menumpang sebahagian ruang di premis itu untuk menjalankan kegiatan judi dan kita dapati ada yang menawarkan pertaruhan hingga RM10,000,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini, hari ini.

Mohamad Noor berkata polis turut merampas 90 keratan tiket disyaki loteri awam haram, 22 telefon bimbit, 10 pencetak mudah alih, wang tunai RM8,060 dan sebuah kereta disyaki digunakan salah seorang suspek.

Beliau berkata ada antara suspek yang seolah-olah mencabar kewibawaan pihak berkuasa apabila membuka kembali premis judi beberapa jam selepas serbuan, selain ada antaranya mempunyai rekod kesalahan serupa.

“Terdapat dua lokasi yang diserbu sebelum 12 tengah hari dan kita mendapat maklumat bahawa premis itu beroperasi semula dalam tempoh empat jam menyebabkan polis melakukan serbuan kali kedua,” katanya.


Katanya kesemua suspek direman hari ini, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana menjalankan atau menganjurkan loteri awam tanpa lesen yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM200,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun.

Selain itu, siasatan juga melibatkan Seksyen 4B(a) akta sama iaitu menjalankan perjudian dalam talian yang boleh dihukum denda maksimum RM100,000 bagi setiap mesin judi atau penjara hingga lima tahun, jika sabit kesalahan.

Siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 9(1) akta sama kerana memiliki tiket loteri awam haram yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mohamad Noor menasihatan pemilik premis perniagaan untuk tidak terlibat atau membenarkan kegiatan judi haram berlaku di dalam premis mereka dan sekiranya berdegil, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan dengan agensi berkaitan bagi menamatkan lesen perniagaan. – BERNAMA

Kategori