Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Militan IS Tawan Bandar...

BAGHDAD - Kumpulan Negara Islam (IS) mendakwa pejuangnya sudah merampas Ramadi pada Ahad...

Nurul Izzah ‘Sound’ Hakim...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar melalui...

Upload Gambar Iqram Cium...

SEBELUM ini pelakon, Johan As'ari pernah mencuri tumpuan netizen menerusi dua buah video...

Harimau Dahan Disangka Musang...

KOTA BHARU - Seekor harimau dahan betina seberat 50 kilogram berjaya ditangkap Angkatan...

19 Pengawal Keselamatan JPM Seleweng Dana PRU14 Direman

PUTRAJAYA – Seramai 17 pengawal keselamatan Jabatan Perdana Menteri (JPM) direman lima hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berjumlah RM3.5 juta.

Majistret Siti Nabilah Abd Rashid mengeluarkan perintah reman hingga Ahad ini (12 Ogos) selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan di Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini hari ini.

Terdahulu, kesemua lelaki berumur antara 31 dan 51 tahun itu tiba di mahkamah pada 9.15 pagi dengan menaiki sebuah bas serta berpakaian lokap SPRM berwarna jingga dan tangan bergari.

Antara yang direman adalah seorang pegawai keselamatan gred 52 dan selebihnya pengawal keselamatan gred 11 hingga 38.

Menurut sumber SPRM, kesemua suspek ditahan semasa hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM, di sini semalam antara 2.45 hingga 3.15 petang dan disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.


SPRM turut merampas wang tunai berjumlah RM840,700 dan sembilan motosikal pelbagai jenama dengan nilai keseluruhan RM90,000.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut, namun enggan mengulas lanjut. – BERNAMA

Kategori