Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Arab Saudi Hanya Tahu...

TINDAKAN kerajaan Malaysia menutup Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSICP) dengan tergesa-gesa tanpa...

Racun Serangga Punca Keracunan...

IPOH - Kes keracunan makanan di Siputeh dekat Batu Gajah di sini berpunca...

Penetapan Harga Petrol, Diesel...

KUALA LUMPUR - Penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan akan diumumkan setiap...

Rakyat Kelantan Lapor Polis...

KUALA LUMPUR - Meskipun telah meminta maaf kerana kata-kata yang diungkapkan dilihat menggores...

2 Didakwa Sengaja Langgar MPV Polis

KUANTAN – Dua rakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan sengaja melanggar unit kereta peronda (MPV) milik Polis Diraja Malaysia (PDRM), minggu lalu.

Pengakuan Mohd Hamizan Abdul Hamid, 35 yang beralamat di Permatang Badak Baru dan Amir Kamarul Mohd Rosidi, 21, dari Medan Warisan kedua-duanya di Kuantan, direkodkan di hadapan Majistret Nurunaim Abdullah.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 4.30 petang hingga 6.30 petang, 24 Ogos lalu dari hadapan lampu isyarat berhadapan pasaraya Giant di Medan Warisan hingga ke tepi Jalan Pintasan Kuantan berhadapan Taman Kristal Sungai Karang di sini.

Perbuatan tertuduh didakwa telah menyebabkan MPV PHG 617 mengalami kerosakan pada bahagian bumper hadapan kiri selain pintu hadapan kiri kenderaan itu kemek.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Selain itu, kedua-dua tertuduh juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan menghalang pegawai polis dengan cara melarikan diri semasa hendak ditahan bagi tujuan pemeriksaan yang didakwa dilakukan pada masa dan di tempat yang sama.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di bawah Seksyen 186 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Kedua-dua mereka difahamkan melakukan kesalahan itu semasa melarikan diri dengan menaiki kereta jenis Proton sehingga menyebabkan MPV itu terpaksa mengejar sehingga hampir 30 kilometer.

Pada prosiding itu, Mohd Hamizan merayu mahkamah mengurangkan jaminan RM10,000 yang ditawarkan Timbalan Pendakwa Raya Siti Khadijah Mohd Pisol atas alasan dia tidak bekerja dan ditanggung oleh kakaknya.

Manakala Amir Kamarul memohon jumlah sama dikurangkan kerana dia hanya bekerja sebagai buruh dengan gaji sebanyak RM50 sehari yang digunakan untuk menanggung tiga orang anggota keluarga.

Nurunaim menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 bagi kedua-dua pertuduhan ke atas setiap tertuduh dan kes disebut semula pada 18 Sept depan untuk lantikan peguam. – BERNAMA

Kategori