Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Mahathir Luah Kesunyian, Ramai...

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa kesunyian selepas...

Bayi Terperangkap Di Saluran...

CHINA – Hasrat seorang pelajar sebuah universiti untuk menyembunyikan kelahiran bayi perempuannya tidak...

Pegawai Tertinggi 1MDB ‘Dibelasah’...

The Malaysian InsiderSekumpulan pegawai tertinggi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimarahi Tun Dr Mahathir...

Onn Hafiz Bentang Visi,...

Iskandar Puteri : Menjelang 100 hari pentadbirannya tidak lama lagi, Menteri Besar, Datuk...

2 Pegawai JKDM Ditahan Larikan Barang Rampasan Kastam

PUTRAJAYA – Dua pegawai kastam merupakan antara lima individu yang ditahan polis bagi membantu siasatan satu kejadian rompakan dan melarikan barangan rampasan dadah di Pejabat Narkotik Jabatan Diraja Malaysia (JKDM) Jijan di Nilai, Negeri Sembilan, semalam.

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri T. Subromaniam berkata, Mahkamah Majistret Seremban telah mengeluarkan perintah reman selama enam hari bermula hari ini terhadap kelima-lima suspek yang juga terdiri daripada dua pengawal keselamatan dan seorang orang awam.

Menurut beliau, JKDM sebelum itu telah membuat satu laporan polis ekoran kejadian itu yang dipercayai berlaku pada pukul 3 pagi semalam.

“Kesemua suspek telah melarikan tujuh kotak disyaki mengandungi dadah jenis Ketamin dan Heroin dengan anggaran sebanyak 50 kilogram (kg).

“Barangan rampasan itu disimpan dalam kontena yang ditahan di Pelabuhan Wesport Klang, Selangor yang kemudiannya dibawa ke Pejabat Narkotik JDKM Jijan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Kategori