Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Projek Perumahan Rakyat Kota...

KOTA BELUD - Pembangunan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Belud yang bermula pada...

Kematian Aimin: Reman 3...

KUANTAN - Reman tiga remaja yang dipercayai terlibat dengan kes kematian pelajar berusia...

2 Aktivis Dibenar Rujuk...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan dua aktivis...

Kerajaan BN Ikhlas Bantu...

SIMUNJAN - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri...

23 Pemandu Bas Dipecat Sedia Kembali

PUTRAJAYA – Semua 23 pemandu bas Nadiputra yang diberikan surat penamatan perkhidmatan secara mengejut oleh majikan mereka hari ini, bersetuju untuk kembali bertugas seperti biasa.

Presiden Kesatuan Pemandu Bas Nadi Putra, Noorhisham Nuruddin berkata, persetujuan itu dicapai susulan perbincangan dilakukan dengan Kementerian Tenaga Manusia, sebentar tadi.

“Jika ditanya sama ada untuk teruskan (bekerja dengan Nadiputra) atau tak, kami secara jujur sudah malu dan tiada semangat untuk meneruskannya.

“Bagaimanapun, kami akan terus berkhidmat kerana mengambil kira kepentingan warga Putrajaya dan imej kerajaan di pusat pentadbiran negara ini,” katanya mewakili semua pekerja terbabit.

Beliau berkata demikian mengulas perkembangan kes 23 pemandu bas Nadiputra yang ditamatkan perkhidmatan hari ini, selepas terbabit dalam laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai isu penyelewengan dan salah guna kuasa syarikat.

Sementara itu, Noorhisham mengakui pelik apabila 23 saja kakitangan diberikan surat penamatan perkhidmatan, sedangkan jumlah yang berkumpul ketika laporan dibuat kepada SPRM semalam seramai 122 orang.


“Kami gesa kerajaan menerusi Kementerian Wilayah supaya dapat ambil alih semula pengurusan kerana pasukan sedia ada terbukti lemah,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Sementara itu sumber Kementerian Wilayah mengesahkan majikan ketika pertemuan bersama Jabatan Perhubungan Perusahaan petang tadi, bersetuju menerima semula pekerja dengan syarat mereka dilindungi daripada sebarang tindakan.

“Majikan terlepas pandang prosedur dan pemecatan yang dilakukan adalah tidak sah,” katanya. – BH Online

Kategori