Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PNB Sumbang RM8 Juta...

PUTRAJAYA - Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini menyumbang sebanyak RM8 juta kepada...

Warga Emas Maut, Kereta...

TAWAU - Seorang lelaki warga emas maut apabila kereta yang dinaikinya bertembung dengan...

PAS Berjaya Lakukan Pemutihan...

KUALA LUMPUR - Kekalahan ramai bekas pemimpin PAS dalam pemilihan parti itu yang...

Walau Digelar Hantu, Gadis...

MESKIPUN dibuli dan digelar `hantu’ namun Nontobeko Mbuyazi, 20, yang dilahirkan albino, kini...

29 Pekerja Pengsan Didakwa Akibat Kuasa Mistik

PHNOM PENH – Seramai 29 pekerja sebuah kilang pakaian di wilayah Kampong Speu, Kemboja pengsan Jumaat lalu didakwa akibat dirasuk kuasa mistik, kata seorang pegawai kerajaan.

Pengarah jabatan buruh Daerah, Cheak Borin berkata kejadian bermula apabila seorang wanita tiba-tiba berdiri semasa bekerja dan mula bercakap dengan suara gagap dan menuding jari ke arah semua orang secara agresif.

“Semua orang ketakutan dan mereka mula pengsan. Wanita itu sering pengsan, tetapi kali ini tindakannya sangat agresif,” kata Borin.

“Selepas memeriksa video kamera keselamatan litar tertutup, mungkin ada semangat mistik di dalam tubuhnya.”

Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Ovann berkata pekerja mengalami masalah pemakanan yang teruk.


“Mereka kekurangan gula, kalsium dan bekerja terlalu kuat. Mereka dibenarkan keluar dari hospital pada hari yang sama,” katanya.

Syarikat Sabrina Garment Manufacturing mempunyai antara 600 hingga 700 orang pekerja di setiap bangunan dengan jumlah keseluruhan pekerja seramai 6,000 orang. – Agensi/BH ONLINE

Kategori