Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Aplikasi iMalaysia Galak Semangat...

KUALA LUMPUR - Demi memanfaatkan teknologi dan trend semasa sesuai dengan selera belia...

Jabatan Perikanan Tahan 26...

PARIT BUNTAR - Jabatan Perikanan Perak menahan 26 bot dan peralatan menangkap ikan...

Perjanjian Pakatan Harapan Bakal...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan mengesahkan perjanjian rasmi gabungan rasmi beberapa parti pembangkang...

Zeti Digesa Bersumpah Isu...

PENDEDAHAN eksklusif sebuah portal tempatan mengenai Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mengetahui dana...

3 Lelaki Asing Ditahan Kes Bunuh Pekebun

SEMPORNA – Polis menahan tiga lelaki warga asing hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes seorang pekebun lelaki dibunuh di Kampung Batu Batu, Sungai Bulian dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Semporna, Supt Peter Umbuas berkata tiga lelaki itu yang berumur 18 hingga 46 tahun ditahan antara 2.30 pagi dan 10.30 pagi di kawasan sekitar kampung berkenaan.

Beliau berkata mangsa Azman Sabtullah, 44, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Semporna akibat luka tetakan di leher sepanjang 12cm serta salur nafas dan kerongkong putus.

Kejadian berlaku di rumah salah seorang lelaki yang ditahan dan punca sebenar kejadian disyaki mangsa cuba meleraikan pergaduhan, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Peter berkata berdasarkan rakaman keterangan penjaga kebun yang merupakan salah seorang yang ditahan itu, mangsa bersama suspek utama datang ke rumah mencarinya pada 10 malam tadi.

“Mangsa cuba menghalang suspek yang tiba-tiba mengamuk dan cuba masuk ke rumah penjaga kebun itu, kemudian mangsa dan suspek bergelut di tangga dan suspek melibas tombak sawit dan terkena mangsa,” katanya.


Peter berkata suspek utama bersama mangsa ke rumah penjaga kebun terbabit untuk meminta ubat mata, namun suspek tiba-tiba mengamuk selepas anggota keluarga penjaga kebun itu menggelarnya gila.

Sementara itu, beliau berkata pemeriksaan awal polis di lokasi kejadian turut menemukan banyak kesan tetakan pada pintu rumah penjaga kebun itu dipercayai suspek cuba memasuki rumah tersebut.

“Suspek juga membaling kayu sehingga menyebabkan cermin kaca tingkap pecah,” katanya bahawa polis turut menjumpai sebatang tombak sawit dipercayai digunakan suspek untuk membunuh mangsa.- BERNAMA

Kategori