Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Apa Jadi Pada Lebihan...

Barangkali masih ada yang kurang pasti apakah akan terjadi kepada tunggakan cukai atau...

Politeknik Sultan Mizan Tangguh...

DUNGUN - Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) di sini telah menangguh sesi...

Singapura Kecewakan Malaysia Pada...

SINGAPURA - Singapura terpaksa bekerja keras untuk mengecewakan Malaysia untuk memenangi pingat emas...

Jabatan Kesihatan Kesan Lokasi...

KLUANG – Jabatan Kesihatan negeri sedang mengesan lokasi yang pernah dikunjungi Allahyarham Mohamad...

4 Ditahan Miliki Pistol Angin Dan Gari

BUKIT MERTAJAM – Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita warga Indonesia kerana memiliki pistol angin dan gari dalam serbuan di sebuah rumah di Lorong Permai Jaya 5, Taman Permai Jaya di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, sepasukan polis menyerbu rumah itu pada pukul 2 petang dan menahan tiga lelaki serta seorang wanita berusia 23 hingga 46 tahun.

“Hasil pemeriksaan dalam rumah itu, polis menemui satu senjata menyerupai pistol angin dan satu kelopak berisi 17 butiran kecil bebola plastik serta sepasang gari dan sehelai uniform menyerupai pakaian seragam tentera berlencana Amerika Syarikat.

“Polis tidak menolak kemungkinan mereka menggunakan pistol angin dan gari itu untuk kegunaan jenayah namun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya di sini hari ini.

Katanya dua daripada mereka positif dadah dan mereka kini direman bagi membantu siasatan.

Nik Ros Azhan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 89 Akta Polis 1967.

Sementara itu, dalam perkembangan lain katanya polis menahan pasangan kekasih berusia 23 dan 31 tahun dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah dan merampas kira-kira 200 gram dadah jenis methamphetamine bernilai RM5,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Mengkuang Berapit, di sini awal pagi ini.


“Bertindak hasil risikan sejak minggu lepas, polis menyerbu rumah itu pada pukul 1.20 pagi dan berdasarkan siasatan pasangan itu menjadikan rumah berkenaan sebagai lokasi membungkus semula dadah berkenaan sebelum menjual kepada pelanggan.

Beliau berkata siasatan juga mendapati lelaki berkenaan mempunyai dua rekod lampau berkaitan kes dadah dan positif dadah.

Katanya pasangan itu kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori