KOTA KINABALU – Empat daerah di Sabah mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana setakat 10 pagi ini.
Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, IPU Kinarut ialah 72, diikuti Bongawan, 63, Keningau, 61 dan Sandakan, 52, manakala pulau bebas cukai, Labuan pula mencatat IPU 78.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).
Orang ramai yang ingin mengetahui tahap IPU di negeri ini boleh merujuk laman web http://apims.doe.my untuk mendapat bacaan IPU terkini pada setiap jam. – BERNAMA