Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Wanita Syaki Suami Curang...

LONDON - Seorang wanita mengesyaki kecurangan suaminya hanya melalui buah zakar. Pendedahan oleh...

Terengganu Berdepan Perak Pada...

KUALA LUMPUR – Terengganu mara ke final Divisyen Satu Kejohanan Hoki Piala Tun...

TNB N.Sembilan Beri Sumbangan...

KUALA KLAWANG - Tujuh puluh anak yatim dan fakir miskin dari beberapa kampung...

Wanita Lemas Ketika Sedang...

TANJUNG KLING - Seorang wanita ditemui mati dipercayai akibat lemas di Pantai Kundor,...

5 Bot Berdaftar Tangkap Ikan Secara Haram Ditahan

LABUAN – Lima bot nelayan berdaftar di Malaysia bersama-sama 36 kru warga Vietnam ditahan kerana menangkap ikan secara haram di perairan Labuan.

Komander Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan Che Adnan Md Isa berkata bot berkenaan ditahan pada kira-kira 11 malam Sabtu, kira-kira 10 batu nautika daripada kawasan penangkapan ikan popular di Semerang dan 26.6 batu nautika timur laut Tg Kubong, Labuan.

“Semasa operasi rondaan, satu daripada kapal maritim kami mengesan lokasi dan kemudiannya memeriksa bot berkenaan.

“Hasil pemeriksaan, kesemua kru dalam bot nelayan itu gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah di samping tidak mempunyai permit rasmi untuk menangkap ikan di perairan Malaysia,” katanya pada sidang media hari ini.

Che Adnan berkata APMM mengalu-alukan maklumat daripada komuniti maritim untuk melaporkan sebarang kegiatan yang salah di sisi undang-undang dengan menyalurkannya kepada Pejabat Operasi Maritim Labuan di Jalan Rancha-Rancha atau menghubungi bilik operasinya di talian 087- 427999. – BERNAMA

Kategori