Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Sebuah Sekolah Rendah Ditutup...

MIRI - Sebuah sekolah rendah ditutup manakala sebuah rumah panjang dinaiki air setinggi...

DJ Disko Biadab Adun...

TUNIS - Sebuah kelab malam di Tunisia diarah tutup setelah tular satu rakaman...

Pekerja Kilang Warga Indonesia...

BUTTERWORTH - Seorang lelaki warga Indonesia didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari...

Terbuka Malaysia: Cabaran Liew...

KUCHING - Perjuangan pemain perseorangan negara, Liew Daren dalam saingan badminton Kejohanan Terbuka...

500 Berhimpun Bantah Umat Islam Dihina

TEMERLOH – Kira-kira 500 umat Islam berhimpun di perkarangan Masjid An-Nur, Kuala Krau di sini selepas solat Jumaat hari ini, bagi bantah penghinaan terhadap umat Islam sejak kebelakangan ini.

Anggota Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said berkata himpunan itu diadakan bagi mempertahankan agama Islam, kedaulatan Raja Melayu dan hak Melayu serta Bumiputera.

“Kami juga membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Krau terhadap individu yang menghina Nabi Muhammad dan agama Islam di laman sosial,” katanya semasa berucap pada perhimpuan itu.

Turut menyertai perhimpunan itu ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jenderak Datuk Seri Mohamed Jaafar.

Turut membuat laporan polis ialah wakil peneroka, veteran polis, Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) dan wakil peserta Felcra. – BERNAMA

Kategori