Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Pengeluaran Ikan Air Tawar...

TEMERLOH - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyasarkan untuk meningkatkan hasil pengeluaran...

Adiwira Spiderman ‘Ditahan’ Polis...

KEBIASAANNYA, pihak polis akan menahan dan menangkap individu yang hanya melakukan kesalahan, namun...

PRK Kimanis: Bakal Beri...

KIMANIS - Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis bakal memberi mesej kepada kerajaan Pakatan...

Oksana Fail Petisyen Tentukan...

PETALING JAYA - Pertikaian mengenai bapa biologi anak lelaki Rihana Oksana Gorbaenko akan...

6 Ditahan Positif Methaphetamine Dalam Operasi JPJ P. Pinang

BUTTERWORTH – Enam individu ditahan kerana positif dadah dalam Operasi Bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di Plaza Tol Sungai Dua menghala ke selatan di sini, malam tadi.

Pengarah JPJ negeri, Mohamat Johari Mat Nor berkata kesemua lelaki berusia 28 tahun hingga 45 tahun itu ditahan selepas saringan awal air kencing yang dijalankan Agensi Anti Dadah Kebangsaan mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine.

“AADK juga berjaya menemui lapan biji Erimin 5 milik seorang lelaki di dalam beg sandangnya ketika pemeriksaan dijalankan ke atas motokarnya,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Dalam operasi itu, katanya JPJ juga menyita dua buah lori muatan sayur yang disyaki menggunakan perkhidmatan pemandu lori warganegara Thailand yang tidak mempunyai lesen dan pasport. Kedua-dua pemandu lori itu turut ditahan.

Operasi bermula 8.30 malam dan berakhir 12 malam itu diadakan dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Negeri, Jabatan Imigresen Pulau Pinang, Polis Diraja Malaysia (Trafik), Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom), Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (PROPEL) dan Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus). – BERNAMA

Kategori