Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Mourinho Puas Hati Prestasi...

BURNLEY - Jose Mourinho kini boleh tersenyum kembali selepas Manchester United berjaya menumpaskan...

Lelaki Ditemui Rentung, Dipercayai...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditemui rentung di dalam but sebuah kereta, dipercayai...

Isu kalimah Allah: Guan...

GEORGE TOWN - Kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng bahawa orang bukan Islam...

M’sia, S’pura Komited Penuhi...

PUTRAJAYA - Malaysia dan Singapura komited untuk terus memenuhi obligasi mereka mengikut undang-undang...

6 Sekeluarga Miskin Tinggal Di Rumah Bak ‘Bom Jangka’

ALOR SETAR – Rumah yang didiami enam sekeluarga di Kampung Telok Chengai Dalam di sini boleh diibaratkan bak “bom jangka” yang hanya menunggu masa untuk rebah menyembah bumi.

Rumah yang didiami Khamis Ahmad, 50, isterinya Shahroni Othman, 46, dan empat anak mereka berusia 14 hingga 24 tahun itu hampir 95 peratus reput dan berlubang dindingnya kerana setiap penjuru dinding, siling dan lantai kayu rumah itu telah reput dimakan anai-anai.

Shahroni yang ditemui pemberita di sini hari ini berkata mereka sekeluarga tetap tinggal di rumah itu alaupun sedar akan bahaya yang menunggu kerana tidak mampu membaiki atau membina rumah baharu atau menyewa di tempat lain akibat kemiskinan hidup.

Katanya rumah itu adalah pusaka peninggalan arwah bapa mentuanya.

“(Kami)…tidak mampu, sebab saya hanya ambil upah mencuci pinggan di sebuah kedai makan dengan pendapatan RM20 sehari dan anak sulung sebagai tukang kebun di sebuah sekolah menengah di sini dan (pendapatannya) tidak seberapa manakala suami pula tidak bekerja kerana menghidap penyakit sawan (Fibral Fit) yang dialami sejak kecil,” katanya.

Katanya upah sebanyak itu hanya cukup untuk perbelanjaan seharian serta menampung persekolahan dua anak kembarnya yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) masalah pembelajaran berusia 14 tahun.

Tinjauan Bernama ke rumah keluarga itu juga mendapati keseluruhan struktur rumah papan itu telah reput dan uzur, menyebabkan Shahroni sekeluarga terpaksa tidur di bahagian dapur yang dianggap masih selamat walaupun sering dimasuki ular dan haiwan berbisa lain.

“Setiap kali angin kuat, kami anak beranak juga terpaksa lari keluar ke kawasan selamat kerana rumah ini turut bergoyang dan bila-bila masa sahaja boleh runtuh,” katanya sambil merayu agar pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menghulurkan bantuan.


Sementara itu, kesusahan yang dialami keluarga terbabit mendapat perhatian pengasas sebuah badan bukan kerajaan, Cancer Survivors Malaysia, Zurani Kamal yang datang melihat sendiri kesempitan hidup Shahroni dan keluarga.

Zuraini turut berjanji akan menolong keluarga itu mendapatkan bantuan daripada pihak-pihak yang berkenaan.

“Saya akan dapatkan maklumat lengkap keluarga ini sebelum meminta LZNK atau JKM membantu mereka dalam membaik pulih atau membina rumah baharu supaya mereka dapat terus hidup dalam keadaan lebih selesa dan selamat,” katanya.

Dalam lawatan itu, Zuraini turut menyampaikan bantuan berupa barangan keperluan makanan bagi meringankan beban keluarga berkenaan.

Mereka yang ingin membantu boleh menghubungi Mohd Nazrin Khamis (anak Shahroni) di talian 017-5545364 atau menyalurkan bantuan melalui akaun Bank Islam Shahroni Othman (02011020804021). – BERNAMA

Kategori