Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Polis Kenal Pasti 23...

KUANTAN - Polis Pahang mengenal pasti 23 lokasi panas kemalangan di negeri ini...

73 Maut, 574 Cedera...

BANGKOK – Pusat Pencegahan dan Pengurangan Kemalangan Jalan Raya melaporkan seramai 73 orang...

Potong Kulit Kepala Kekasih,...

INI bukan lagi kes cemburu buta tetapi lebih kepada sakit mental. Bayangkan kerana...

Dewan Rakyat Kecoh Dua...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mengungkit kisah lama dan penggunaan perkataan “samseng”, persidangan hari...

60 Rumah Rosak Akibat Ribut Di Tawau

TAWAU – Kejadian ribut lewat malam tadi yang disusuli hujan lebat di Tawau mengakibatkan 60 rumah rosak di kawasan Tanjung Batu di sini.

Ketua Kampung Tanjung Batu Laut, Abdul Abdullah berkata sejak pagi ini sehingga sekarang 60 ketua keluarga melaporkan rumah mereka mengalami kerosakan.

“Ada antara rumah yang ranap sepenuhnya, ada yang atap diterbangkan angin, bagaimanapun syukur tiada kemalangan jiwa berlaku,” katanya ketika ditemui Bernama.

Dalam pada itu, seorang mangsa Norhayati Burah, 25, berkata ketika kejadian rumah atas air yang didiami bersama keluarganya itu tiba-tiba bergoyang sebelum angin kuat menerbangkan atap rumahnya.

“Ada tujuh orang yang tinggal dirumah ini termasuk saya, disebabkan khuatir rumah roboh dan melihat atap diterbangkan angin, kami bertempiaran lari keluar rumah menyelamatkan diri,” katanya.


Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Sharudy Delamin berkata pihaknya menerima lima panggilan berhubung rumah roboh dan pokok tumbang antara 11.35 malam hingga 2.57 pagi ini.

“Kita terima dua panggilan rumah roboh di Batu 2 Maspul dan Kampung Pukat Tanjung Batu Laut, selain tiga panggilan pokok tumbang iaitu di Tanjung Batu Darat, Jalan Tengku Osman serta Jalan Tanjung Batu laut depan kuari,” katanya.

Dalam kejadian ribut kira-kira tiga jam itu turut menyebabkan sebuah kereta rosak dihempap pokok selain papan tanda di tepi jalan turut tumbang di Batu 3. – BERNAMA

Kategori