Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Letupan: Operasi Cari Tiga...

RAWANG - Operasi mengeluarkan minyak diesel bagi mencari tiga individu yang dipercayai terjatuh...

Suri Rumah Ditemui Mati...

KUALA LUMPUR - Seorang suri rumah ditemui mati dengan kesan lebam di muka...

Dazrin Sangkal Dakwaan Pihak...

SEMAKIN hari, semakin ramai nampaknya artis tanah air yang mendirikan rumah tangga. Bukan...

PRU15: Proses Pengundian Bermula

KUALA LUMPUR : Proses pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bermula secara...

61 Pelatih PULAPOL Diserang Strok Haba

KUALA KUBU BHARU – Seramai 61 pelatih Pusat Latihan Polis ( PULAPOL) Bukit Sentosa di sini, dikejarkan ke hospital selepas diserang strok haba ketika menjalani latihan tengah hari tadi.

Daripada jumlah itu, seramai 16 mangsa dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Kesemua mereka dikejarkan dengan menaiki ambulans ke beberapa hospital sekitar Selangor, termasuk Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan kecemasan.

Sumber Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, kejadian berlaku apabila pelatih terbabit ditempatkan dalam sebuah bas di bawah terik matahari sebagai sebahagian daripada latihan sekitar jam 1 tengah hari.

“Seramai 12 pelatih mengalami pengsan serta sawan. Berikutan itu, Jabatan Kecemasan & Trauma, Hospital Sungai Buloh (HSB ) mengaktifkan Pelan Kecemasan MCI (mass casualty incidence) membabitkan hospital itu, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Selayang (HS), Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan Hospital Shah Alam sejurus menerima laporan,” katanya.

Menurutnya, 16 pelatih ditempatkan di zon merah (kritikal), seorang di zon kuning dan 44 di zon hijau.


“Tiga pelatih yang kritikal dirujuk ke HSB, tiga lagi dirawat ke HKL, dua masing-masing di Hospital Selayang dan HTAR, dan enam mangsa dirawat di beberapa hospital lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai ketika dihubungi wartawan berkata, pihaknya tidak dimaklumkan mengenai kejadian itu dan pengesahan hanya boleh diperoleh daripada pihak pusat latihan berkenaan. – BH Online

Kategori