Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mumia Tiga Jari Didakwa...

SEBAHAGIAN besar sainstis menganggap `mumia tiga jari’ yang ditemui di Peru, tahun lepas...

Cover 2 Minit Buat...

LAMBAKAN penyanyi baharu masa kini sedikit sebanyak bagaikan telah mengetepikan penyanyi kumpulan nasyid...

Terowong Mega MRT Libatkan...

KUALA LUMPUR - Tatkala rakan sebaya lain selesa bekerja di pejabat berhawa dingin,...

MIC Lancar Tabung Kemanusiaan...

KUALA LUMPUR - MIC menyeru semua pihak menyalurkan sumbangan berbentuk kewangan dan barangan...

8 Keldai Dadah Ditahan Di KLIA 2

SHAH ALAM – Polis berjaya mematahkan cubaan lapan lelaki warga tempatan menyeludup keluar 13.52 gram dadah jenis syabu bernilai RM675,994.50 dipercayai untuk pasaran Korea Selatan, minggu lalu.

Kesemua suspek ditangkap dalam dua operasi berasingan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia 2) pada 11 dan 15 Ogos lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, berkata tangkapan dilakukan Polis Bantuan klia 2, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman.

“Hasil tangkapan terhadap lapan lelaki yang berkelakuan mencurigakan itu, polis berjaya merampas 68 paket plastic lutsinar yang disembunyikan pada badan tujuh suspek dan lapan paket dalam beg pakaian seorang suspek, yang disyaki dadah jenis syabu (Methamphetamine).

“Dalam kes tangkapan pertama kira-kira jam 6.35 pagi 11 Ogos lalu, enam lelaki bersama 10.43 grams dadah syabu ditahan ketika pemeriksaan keselamatan sewaktu mereka melalui mesin pengimbas.

“Tangkapan kedua pula ketika dua lagi suspek sedang menunggu untuk menaiki kapal terang kira-kira jam 1.15 pagi pada 15 Ogos,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Mazlan berkata, empat daripada suspek yang berusia antara lingkungan 18 hingga 53 tahun itu bekerja dalam sektor swasta manakala empat lagi tidak bekerja.

“Kelapan-lapan suspek ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah sehingga 20 Ogos dan 24 Ogos ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan akan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 15 rotan,” katanya.

Mazlan berkata, dalam operasi sama, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor turut menyerbu satu unit rumah sewa di sebuah pangsapuri di Kuala Lumpur kira-kira jam 7 malam pada 12 Ogos.

Katanya, premis itu serta sebuah hotel bajet di Petaling Jaya dikesan digunakan ahli sindiket bagi kegiatan haram mereka memproses dadah berkenaan.


“Sejumlah 15.6 gram disyaki serbuk Ecstasy, 3.0 gram disyaki dadah Syabu, lima biji pil Ecstasy dan lima Pil Erimin 5 dirampas dalam serbuan terbabit, selain wang tunai berjumlah RM1,512 dan mata asing Won Korea $1,403,000 (RM5,078.38),” katanya.

Beliau berkata, pihaknya mendapati sindiket terbabit mengikat dadah pada badan keldai dadah selain bahan berkenaan disorokkan dalam kasut yang dipakai suspek.

Katanya, sindiket berkenaan turut menyediakan tempat tinggal, makanan dan duit belanja serta kasut bertapak tebal bagi memudahkan dadah disorok untuk keldai dadah terbabit.

“Siasatan mendapati, sindiket mengiklankan tawaran melancong ke luar negara secara percuma melalui Facebook dengan wang belanja diberikan dan mangsa hanya perlu menghantar ‘hadiah’ ke luar negara.

“Setelah mangsa bersetuju, mereka dimasukkan ke dalam ‘Group Wechat’. Setakat ini sindiket ini aktif di Facebook dan Wechat sahaja.

“Semua suspek juga tahu bahan diseludup adalah dadah berbahaya dan ada yang pernah melakukan aktiviti sama ke luar negara sebelum ini,” katanya.

Mazlan berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti ahli sindiket lain serta rangkaiannya yang dipercayai beroperasi di Klang. – BH Online

Kategori