Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Nahas Sriwijaya: 15 Beg...

JAKARTA - Operasi mencari dan menyelamat, SAR berjaya membawa keluar lapan lagi beg mayat...

Tok Batin Diugut Undi...

BIADAB... Kelmarin calon Pakatan Harapan (PH) M. Manogaran dari DAP bersikap rasis apabila...

Hak Asasi Malaysia 10...

DEDAH... Malaysia sememangnya tidak perlu ratifikasi konvensyen antarabangsa seperti ICERD kerana sejarah telah...

Wanita Yang Tidak Pernah...

SEORANG wanita bukan sahaja kehilangan dua anaknya tetapi terpaksa menyaksikan seorang lagi anak...

8 ‘Perogol’ Kambing Bunting Masih Bebas

NEW DELHI – Polis di utara India sedang mengiat memburu lapan lelaki yang didakwa ‘merogol’ seekor kambing bunting sehingga mati.

Beberapa pencarian dilakukan di wilayah Mewat yang terletak di Haryana kira-kira 100 kilometer (km) dari Delhi.

Semua suspek bakal berdepan tuduhan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan kerana melakukan ‘persetubuhan di luar tabii’ pertuduhan sama dengan perlakuan seks gay.

“Kami sudah mengenal pasti tiga daripada lapan suspek dan polis sedang memburu mereka,” kata jurucakap polis Naazneen Bhasin kepada AFP.

Kes itu disiasat selepas pemilik kambing tersebut terserempak dengan tiga lelaki sedang melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap haiwan peliharaannya itu pada waktu malam, minggu lalu.

“Dia yang pada mulanya menyangka pencuri cuba mencuri kambing tetapi dengan apa yang dilihatnya,” kata seorang inspektor polis yang hanya dikenali sebagai Vipin.


Kambing bunting itu mati sejurus selepas insiden tersebut.

Doktor veterinar telah mengambil sampel untuk analisis forensik.

Kesemua suspek juga bakal berdepan dakwaan melakukan kekejaman terhadap haiwan. – mStar Online

Kategori