Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Keseronokan 4 Pelajar Kutip...

DUNGUN - Keseronokan empat pelajar tingkatan lima menghabiskan cuti persekolahan dengan mencari kerang...

Tumec Lancar Program Ke-3...

DUNGUN - Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (Tumec) Rantau Abang di sini akan...

PKR Johor Harap Pemilihan...

JOHOR BAHRU – PKR Johor akan memastikan pemilihan parti yang ditetapkan pada 30...

34 Maut, Bas Terjunam...

NAIROBI: Sekurang-kurangnya 34 orang maut apabila sebuah bas terjunam ke dalam sungai, kawasan...

85 Cedera Pesawat Terhempas Di Mexico

DURANGO – Sekurang-kurangnya 85 cedera selepas pesawat Aeromexico terhempas ketika berlepas ketika hujan batu kuat di utara Mexico sebelum terbakar.

Pesawat Embraer 190 yang dalam penerbangan antara Durango dan Bandaraya Mexico terhempas jam 4 petang waktu tempatan dengan 97 penumpang dan empat kru di dalamnya, kata Menteri Pengangkutan Mexico, Gerardo Ruiz Esparza.

“Disahkan tiada kematian dalam nahas pesawat #AM2431,” kata Gabenor Durango, Jose Rosas, dalam Twitter.

Sementara itu, jurucakap pertahanan awam Durango, Alejandro Cardoza, memberitahu rangkaian televisyen Milenio, seramai 85 cedera dengan sebahagiannya mengalami kecederaan serius tetapi majoriti cedera ringan.

Puluhan penumpang yang cedera ringan dilihat meninggalkan kapal terbang itu, yang diselaputi dalam asap kelabu.

Empat puluh sembilan dimasukkan ke hospital manakala yang lain dibenarkan pulang.


“Kebakaran bermula selepas pendaratan cemas tetapi nasib baik tiada siapa cedera terbakar,” kata Cardoza.

Imej yang diambil menggunakan dron menunjukkan pesawat itu tidak bergerak di atas padang pada hujung landasan.

“Kami berada di atas landasan apabila kadar penglihatan semakin teruk.

“Apabila sudah berlepas, semakin tinggi, saya rasa pesawat semakin tinggi tetapi kemudian ia menjunam,” kata Jacqueline Flores, 47, yang berada dalam pesawat itu dengan anak perempuannya yang berusia 16 tahun. – AFP/BH ONLINE

Kategori