Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Rakyat Thai Berdoa Agar...

BANGKOK - Ratusan rakyat Thailand memakai kemeja warna kuning dan merah jambu memenuhi...

Jualan Keluarga Malaysia Tawar...

PUTRAJAYA : Jualan barangan keperluan harian dengan harga sehingga 20 peratus lebih rendah...

Panda Zoo Negara Akan...

Orang ramai hanya memiliki tempoh kira-kira sebulan setengah untuk melihat aksi comel anak...

PAS Hadapi Cabaran Besar...

MUADZAM SHAH - PAS menghadapi cabaran besar untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN) pada...

944 Kes Demam Denggi Di Parlimen Batu, Kepong & Segambut

KUALA LUMPUR – Sebanyak 944 kes demam denggi dengan satu kematian dilaporkan di kawasan Parlimen Batu, Kepong dan Segambut, sejak Januari hingga 4 Ogos lepas.

Pegawai Kesihatan Daerah Kepong Dr Fuad Hashim berkata angka itu menunjukkan peningkatan dengan purata 60 hingga 70 kes mingguan sepanjang beberapa minggu kebelakangan ini.

“Biasanya kes di ketiga-tiga kawasan Parlimen ini berada dalam purata 30 hingga 40 kes seminggu tetapi sejak beberapa minggu ini angka meningkat.

“Banyak faktor yang menyumbang kepada peningkatan ini termasuk faktor persekitaran tidak bersih, kepadatan penduduk yang tinggi dan proses urbanisasi yang pesat,” katanya kepada pemberita selepas acara Gotong-Royong Bersepadu Perangi Aedes bagi kawasan Sentul di Perumahan Awam Seri Perak di sini, hari ini.

Kira-kira 100 orang penduduk kawasan perumahan itu ikut serta dalam acara yang dirasmikan Anggota Parlimen Batu P. Prabakaran.


Sementara itu, Prabakaran dalam ucapan perasmiannya berkata program sebegini dapat menyemai sifat bertanggungjawab terutamanya dalam menjaga kebersihan persekitaran dan membanteras denggi. – BERNAMA

Kategori