Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Azhar Harun Jangan Hina...

KOTA BHARU - Kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Harun yang melabelkan...

Anak Sosilawati Mahu JPN...

KUALA LUMPUR - Lima anak jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya menfailkan permohonan kebenaran...

Imigresen Tahan Wanita Asing...

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 12 wanita warga asing yang bekerja...

MCA: Lebih 30 Permohanan...

KUALA TERENGGANU - MCA menerima lebih 30 permohonan bantahan terhadap cadangan persempadanan semula...

Abdullah Sani Mohon Maaf Kepada PM

KLANG – Anggota Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid hari ini memohon maaf kepada Tun Dr Mahathir Mohamad atas kenyataannya yang mengaitkan Perdana Menteri dengan usaha menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri kelapan.

Menurut calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR itu pihaknya telah menghantar surat permohonan maaf tersebut kepada pejabat Perdana Menteri kira-kira 9.40 pagi tadi.

“Setelah diberi nasihat, penjelasan dan arahan oleh Datuk Seri Anwar berhubung pelaksanaan peralihan kuasa menerusi panggilan telefon selama 41 minit semalam, dengan ini saya memohon maaf.

“Permohonan maaf itu dibuat atas keterlanjuran bicara saya dan semoga kebimbangan saya tentang usaha dan cubaan menggagalkan peralihan kuasa tersebut adalah perkara yang tidak benar,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini.

Anggota Parlimen itu sebelum ini mendakwa Dr Mahathir dan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin cuba menghalang Anwar daripada menjadi perdana menteri.

Beliau membuat dakwaan itu ketika berkempen untuk calon timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli di Seremban pada 12 Ogos lepas.


Dalam pada itu, Abdullah Sani berkata beliau akan membangkitkan semula isu itu sekiranya masih ada pihak luar yang cuba menggagalkan peralihan kuasa berkenaan.

Ini kerana katanya pengukuhan gabungan Pakatan Harapan (PH) adalah agenda yang wajib dipertahankan.

“Saya tidak teragak-agak untuk membangkitkan semula isu peralihan kuasa sekiranya masih ada ‘tangan langit’ yang tidak mempunyai locus standi yang cuba menyekat atau mewujudkan konspirasi untuk menafikan konsensus PH (melantik Anwar sebagai perdana menteri ke-8).

“Saya ingin tegaskan bahawa mereka di luar sana yang tiada kena-mengena dengan PH jangan campur tangan atau cuba gagalkan peralihan kuasa ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori