Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tesla Setuju Tubuh Ibu...

PUTRAJAYA : Tesla Inc bersetuju untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat penting pengeluar kereta...

Pesawat Southwest Alami Kerosakan...

FLORIDA - Sebuah pesawat Southwest Airlines mendarat dengan selamat pada pagi Sabtu selepas...

2 Inspektor Polis, 5...

KUALA LUMPUR – Dua pegawai polis berpangkat inspektor selain lima anggota ditahan bagi...

Cuaca Panas, Resipi Mudah...

DALAM keadaan cuaca panas melampau sekarang, dapat menikmati Tau Fu Fah sejuk pastinya memberi...

ADUN Ditegur Agar Tindak Bincang Hal Luar Negeri Di DUN P.Pinang

GEORGE TOWN – Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Datuk Law Choo Kiang hari ini menegur wakil-wakil rakyat agar mematuhi etika bermesyuarat dengan hanya membincangkan hal-hal di negeri ini semasa sesi soal jawab dan perbahasan.

Law berkata semua anggota dewan undangan negeri (ADUN) dinasihat supaya tidak menggunakan kesempatan ini untuk menanya soalan yang tidak mempunyai kaitan dengan Pulau Pinang khususnya kepada Lim Guan Eng (DAP-Air Putih) dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Pantai Jerejak).

“Saya ingin mengingatkan semua ADUN-ADUN supaya tidak membangkitkan perkara-perkara yang di luar negeri ini pada persidangan kali ini.

“Semua ADUN harus membincangkan hal-hal yang berlaku di Pulau Pinang walaupun dengan kehadiran menteri-menteri dalam DUN,” katanya pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Pulau Pinang ke-14 di sini hari ini.

Teguran Law turut disokong oleh Nor Hafizah Othman (BN-Permatang Berangan) yang minta Lim dan Saifuddin supaya tidak melayan soalan-soalan yang di luar daripada Pulau Pinang.


“Saya ingin meminta Air Putih dan Pantai Jerejak supaya tidak terikut-ikut dengan soalan yang tidak ada kena-mengena dengan Pulau Pinang atau tidak melibatkan rakyat negeri ini,” katanya.

Hari pertama Persidangan DUN Pulau Pinang hari ini dihadiri oleh dua menteri iaitu Lim sebagai Menteri Kewangan dan Saifuddin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
BERNAMA

Kategori