Thursday, December 19, 2024

Creating liberating content

Perlawanan Malaysia-Vietnam Mula 8...

PETALING JAYA (Selangor) - Perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 antara...

14 Maut Serangan Bom...

DAVAO - Sekurang-kurangnya 14 orang mati dan puluhan lagi cedera akibat letupan bom...

Hariri Kembali Ke Lubnan...

BEIRUT - Perdana Menteri Lubnan, Saad Hariri, kembali ke negaranya lewat semalam, menjelang...

Peniaga Ditahan Bantu Siasatan...

GEORGE TOWN ā€“ Seorang peniaga lelaki berusia 41 tahun ditahan di sebuah lokasi...

AirAsia Perkenal Laluan Baharu Ke Phu Quoc, Vietnam

KUALA LUMPUR – AirAsia terus mengukuhkan hubungan Asean dengan pelancaran laluan baharu terus dari Kuala Lumpur ke Phu Quoc, Vietnam.

Penerbangan empat kali seminggu tersebut, iaitu pada hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad, akan dimulakan pada 2 Nov ini.

Phu Quoc merupakan pulau terbesar di Vietnam yang mempunyai pelbagai landskap seperti hutan hijau, pantai yang jernih dan gunung-ganang.

Sebagai sebahagian daripada pelan pengembangan di Vietnam, Phu Quoc menandakan laluan unik AirAsia Malaysia yang ke-59 dan laluan kelima ke Vietnam.

Selain Phu Quoc, AirAsia juga terbang ke empat destinasi lain di Vietnam termasuk Bandar Ho Chi Minh, Da Nang, Hanoi dan Nha Trang dari Malaysia.

Ketua Komersial AirAsia Malaysia Spencer Lee selepas merasmikan laluan baharu tersebut di sini, hari ini, berkata, AirAsia gembira menjadi syarikat penerbangan pertama yang melancarkan perkhidmatan terus dari Kuala Lumpur ke salah satu rahsia terbaik Asean, Phu Quoc.

ā€œSebagai syarikat penerbangan Asean, kami komited untuk membolehkan lebih ramai orang melawat lebih banyak tempat di rantau ini. Tetamu kami boleh ke Phu Quoc melalui Kuala Lumpur dari 10 negara, termasuk China, India, Australia, Indonesia, Jepun, Korea, Filipina, Thailand, Singapura dan bandar lain di Malaysia.

ā€œPelancong dari mana-mana negara juga boleh melawat Phu Quoc tanpa visa selama 30 hari, menjadikan pulau ini lebih mudah diakses.


ā€œKami berharap dapat menyumbang kepada pembangunan sosial dan ekonomi Phu Quoc melalui kuasa penyambungan. Kami berharap dapat bekerjasama dengan kerajaan tempatan untuk membangunkan Phu Quoc menjadi destinasi pelancongan bertaraf dunia,” kata beliau.

AirAsia kini menawarkan tambang istimewa RM90 dari Kuala Lumpur ke Phu Quoc. Tambang ini tersedia untuk tempahan di airasia.com dan aplikasi AirAsia bermula 8 Ogos hingga 19 Ogos ini untuk tempoh perjalanan antara 2 Nov 2018 hingga 29 Mac 2019.

Ahli BigPay boleh menikmati caj pemprosesan sifar apabila mereka membayar menggunakan kad BigPay. Selain itu, ahli BIG juga boleh menebus penerbangan sehala dari Kuala Lumpur ke Phu Quoc dengan hanya 100 Mata Ganjaran BIG

Pelbagai tarikan menanti di Phu Quoc termasuklah pantai sepanjang 150 km serta tiga kawasan utama di daerah tersebut iaitu pulau Phu Quoc, Hon Thom dan An Thoi. Ia adalah pulau terbesar di Vietnam yang merupakan sebahagian daripada Wilayah Kien Giang yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai Rizab Biosfera Dunia pada tahun 2006.

Selain itu, Phu Quoc mempunyai banyak pantai yang indah seperti pantai Long Beach, Ong Lang, Ganh Dau, dan Starfish, yang menawarkan pemandangan matahari terbenam dan air jernih mempesonakan.

Antara aktiviti lain yang disaran di Phu Quoc adalah meneroka pulau-pulau; melawat kampung nelayan Ham Ninh; air terjun Suoi Tranh yang dikelilingi kawasan hijau, gua dan kolam batu dan menikmati makanan laut segar dan hidangan tempatan Vietnam di Pasar Malam Dinh Cau. – BERNAMA

Kategori