Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Kekasih Gelap Lin Dan...

MODEL dan pelakon, Zhao Yaqi yang dikaitkan mempunyai hubungan sulit dengan jaguh badminton...

Lima Ditahan Di ‘Makmal’...

KUALA LUMPUR - Seorang wanita antara lima yang ditahan dan dadah bernilai RM270,000...

Malaysia Mara Ke Separuh...

KUALA LUMPUR - Malaysia mengesahkan tiket ke peringkat separuh akhir Kejohanan Bola Sepak...

Kejayaan Azroy Sudah Dijangka...

ROMPIN – Kejayaan Muhammad Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad meraih pingat emas dalam...

Akui Barisan Kabinet Masih Miliki Sifat Pembangkang

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada hari ke-100 pemerintahan Pakatan Harapan (PH) mengakui barisan kabinetnya masih memiliki sifat pembangkang dan ambil masa untuk menyesuaikan diri sebagai pemerintah.

Beliau berkata perkara itu berlaku berikutan peralihan kerajaan selepas 61 tahun pembangkang tidak dapat mendirikan kerajaan.

“Dan dengan itu, mereka mempunyai sifat pembangkang. Apabila jadi kerajaan, dan sifat-sifat lama itu masih muncul serta mempengaruhi fikiran mereka.

“Tetapi dalam masa pendek juga, mereka sudah membuat ‘adjustment’ (penyesuaian) dan sekarang ini sedar jadi pemerintah,” katanya.

Dr Mahathir, yang memimpin PH untuk membentuk kerajaan baharu berikutan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lepas, berkata demikian pada Majlis Penyerahan Felo Perdana Tahun 2018 di Perdana Putra di sini hari ini.


Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang juga merupakan alumni Felo Perdana 2015, menteri-menteri kabinet dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Seramai 60 peserta kumpulan keenam program Felo Perdana yang bermula sejak 2013, akan menempatkan diri dalam pelbagai kerjaya serta jawatan penting termasuk diambil bertugas di pejabat-pejabat menteri kabinet selama enam minggu hingga tiga bulan. – BERNAMA

Kategori