Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

JPA Terima Lebih 300...

SEREMBAN - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerima lebih 300 permohonan daripada penjawat awam...

Bomba Pantau Lokasi Runtuhan...

KUALA LUMPUR :Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terus memantau di lokasi kejadian...

“Cukup Cukuplah!” – Najib...

TEGUR... Datuk Seri Najib Tun Razak tampil secara live menerusi akaun sosial Facebook...

Pelajar Cedera Blok Asrama...

SINTOK - Dua pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) cedera selepas sebatang pokok tumbang...

Alahai Mat Sabu Bocor Rahsia ATM Terlemah Di ASEAN

BOCOR… Sebelum ini beliau teruk dikutuk netizen kerana dedah rahsia aset Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Dewan Rakyat termasuk jumlah jet pejuang sudah rosak dan diselenggara.

Ini mengakibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjadi bahan jenaka penganalisis pertahanan seluruh dunia apabila data sulit mengenai rahsia bilangan sebenar pesawat tempur TUDM didedah secara terbuka di Parlimen.

Kali ini seolah-olah tidak belajar daripada kesilapan, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dengan bangga bongkar maklumat tahap kesiapsiagaan aset dan kekuatan ATM sebagai paling lemah di peringkat rantau Asia tenggara.

Ia bukan diceritakan sambil santai di kedai kopi atau pentas ceramah politik, tetapi di platform rasmi negara iaitu Parlimen apabila dapat liputan luas semua media tempatan dan antarabangsa kerana ia isu serius dan amat sensitif.

Mohamad dalam jawapan pada sesi waktu pertanyaan menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini berkata cabang aset darat, laut dan udara semasa milik ATM berada di kedudukan terbawah dalam kalangan 10 buah negara ASEAN.

Beliau yang mesra dikenali sebagai Mat Sabu kemudian membuat perbandingan dengan berkata kononnya keadaan itu jauh berbeza daripada era 1970-an lalu apabila Malaysia berada di kedudukan teratas di peringkat serantau.

“Dari segi tentera laut, udara dan sebagainya dalam kalangan Asia Tenggara, negara kita berada di tempat paling bawah ketika ini. Vietnam jauh ke hadapan, Indonesia di tangga teratas, manakala Malaysia di bawah.

“Malulah kita kalau pergi ke peringkat antarabangsa sekarang, tetapi saya akan berusaha menjadikan Malaysia hebat semula, nombor satu semula,” kata Mohamad sekali gus bocor rahsia kekuatan ATM yang jarang didedah.


Beliau sebenarnya menjawab soalan tambahan dikemukakan oleh Datuk Danyal Balagopal Abdullah (PH-PKR Port Dickson) yang meminta penjelasan pihak kementerian berhubung isu peruntukan dan pertahanan.

Menjawab soalan asal Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad (BN-UMNO Mersing) mengenai tindakan jangka pendek bagi meningkatkan keupayaan udara negara, Mohamad sekali lagi mendedahkan rahsia ATM yang cukup sensitif.

Antaranya pemilikan Pesawat Pemantau Maritim (MSA) dan Pesawat Tanpa Pemandu (UAV) sebagai aset terbaik serta berupaya bantu dalam usaha TUDM melakukan pemantauan di perairan Laut China Selatan dan Selat Melaka.

“Kombinasi MSA dan UAV ada kelebihan tersendiri dan kita nilai berdasarkan keupayaan aset serta perbandingan harga. Ada yang kata MSA lebih baik, ada kata UAV pun baik, dan kita akan teliti kedua-dua pilihan yang ada.

“Ini untuk memperkasakan lagi aset pasukan agar setaraf dengan keupayaan tentera negara luar,” kata Mohamad. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori