Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tun M Kisah Derma...

ACARA Majlis Bersama Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin di dewan Kelab...

Keputusan Boikot Piala AFF...

KUALA LUMPUR - Keputusan sama ada Harimau Malaysia akan menarik diri daripada saingan...

Naya! Gadis Hidap HIV...

Percaya atau tidak, hanya melalui alatan yang digunakan ketika melakukan rawatan kuku (manicure),...

Manifesto PH Hanya Umpan...

SHAH ALAM - Manifesto Pakatan Harapan(PH) untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)...

Alam Flora Kenal Pasti 12 Kawasan ‘Sampah Terbang’

KUALA LUMPUR — Syarikat pengurusan sampah, Alam Flora Sdn Bhd mengenal pasti 12 lokasi ‘sampah terbang’ di sekitar ibu kota yang berlarutan sejak empat tahun lepas.

Kawasan terbabit termasuk lorong belakang Jalan 5A/6 Danau Kota, Lorong Haji Taib 1, Lorong Gadek, Lorong Baba, Lorong Kancil, dan Jalan Kundur.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Datuk Mohd Zain Hassan berkata kebanyakan kawasan itu didiami warga asing yang dipercayai membuang sampah dari tingkat atas ke lorong jalan.

“Meskipun tong sampah disediakan, namun warga asing di sini mengambil jalan mudah tidak mahu turun ke bawah, sebaliknya membuang sampah dari atas (kediaman mereka) menyebabkannya berterbangan.

“Dulu fenomena ini sering berlaku di kawasan di tengah-tengah ibu kota seperti Bukit Bintang dan Pudu namun baru-baru ini mereka dilihat sudah berpindah ke pinggir bandar dan perkara sebegini masih lagi berlaku,“ katanya kepada pemberita selepas sesi turun padang ‘Hentikan Sampah Terbang’ di Jalan Semilang, Cheras hari ini.

Katanya di Jalan Semilang sahaja, kira-kira 900 kilogram sampah dikutip dan dibersihkan oleh pekerja-pekerjanya setiap hari.


“Kami menjalankan kerja-kerja pembersihan sampah bermula pukul 5 pagi hingga 7 pagi di setiap lokasi yang dikenal pasti itu sebanyak enam kali seminggu.

“Kami turut menjalankan tugasan luar skop dengan membersihkan sampah terbang yang tersangkut di tingkap atau bumbung dengan menggunakan ‘skylift’ serta ‘water jetting’ untuk dinding dan longkang secara berkala untuk menghilangkan bau busuk,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Zain berkata pihaknya bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan SWCorp agar warga asing memahami cara pembuangan sampah yang betul.

“Antaranya mengedarkan risalah-risalah dan poster pelbagai bahasa seperti bahasa Nepal, Myanmar dan Rohingya selain bahasa Malaysia dan Inggeris,” katanya.

Katanya berdasarkan tinjauan, pihaknya mendapati 150 warga Indonesia, 30 warga Myanmar, Bangladesh (20), Rohingya (35) dan Pakistan (20) menetap di Jalan Semilang sekali gus menyumbang kepada masalah sampah yang serius. – BERNAMA

Kategori