Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

PKR Dapat 8 Jawatan...

PETALING JAYA – Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan UMNO menguasai separuh daripada senarai...

E-Tunai RM30 Diagihkan Mulai...

SHAH ALAM - Sebanyak RM30 bakal diagihkan mulai esok kepada 15 juta rakyat...

Seram… Pekan ‘Hantu’ Di...

SETELAH sekian lama menyepi, Gunung Sinabung di Indonesia kembali ‘mengaum’ pada tahun 2014...

45 Individu Ditahan Terlibat...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 45 individu termasuk remaja bawah umur ditahan selepas didapati...

Aliff Syukri Tergamak Hayun Penyodok Sampah Sebab Marah Anak

USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman menerima pelbagai kritikan netizen susulan cara beliau mendidik anak-anak yang disifatkan agak keterlaluan.

Berdasarkan komen netizen, rata-rata bersetuju agar situasi itu tidak sepatutnya dikongsi di media sosial kerana ia boleh membawa implikasi negatif.

Namun bagi Aliff, dia mempunyai sebab tersendiri untuk berbuat demikian.

“Penat saya tanam pokok sayur berbulan-bulan, semua Baem cabut dan simbah dengan bahan peluntur hingga mati.

“Hanya orang yang sayang pokok sahaja tahu perasaan saya, anak-anak ni kalau kita baik sangat dia pijak kepala,” tulis Aliff di Instagram.


Selepas beberapa jam, Aliff memuat naik satu lagi video di Instagram milik anaknya yang mesra disapa Baem.

Kali ini video berkenaan memaparkan kanak-kanak itu memohon maaf kepada Aliff dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya itu. – mStar Online

Kategori