Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

15 Mei Dengar Permohonan...

SHAH ALAM - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 15 Mei ini...

SKMM Kaji Caj Jalur...

* Kesudian kerajaan dan SKMM menilai harga ini memanglah baik tetapi lihat juga...

Belum Ada Rancangan Buka...

IPOH - Kerajaan negeri tidak bercadang untuk membuka Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) di...

JDT Dan Jorge Pereyra...

BEBERAPA hari lalu, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dikejutkan dengan berita perletakan...

Aliran Trafik Di Lebuhraya Utama Lancar Setakat 6 Petang

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan lancar setakat 6 petang ini tetapi dijangka sesak bermula 9 malam berikutan orang ramai mula pulang ke kampung untuk menyambut Aidiladha Rabu ini.

Aliran trafik dari kedua-dua arah utara dan selatan dilaporkan lancar, demikian menurut Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik perlahan menghala ke Pantai Timur dari Km34.5 (Gombak) berikutan terdapat sebuah kontena rosak tetapi tidak menghalang laluan.

Sementara Lebuhraya Kuala-Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 juga dilaporkan lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 , laman Twitter di www.twittercom/plustrafik, talian LLM di 1800-88-7752 dan laman Twitter di www.twitter.com/LLMinfotrafik. – BERNAMA

Kategori