Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Bas ‘Masa Depan’ Memulakan...

CHINA, sebuah negara yang terkenal dengan lalulintas yang sibuk dan 'teruk' pada Mei...

Perintah Berkurung Esszone Dilanjut...

KOTA KINABALU ā€“ Perintah berkurung di kawasan perairan merangkumi tujuh daerah dalam Zon...

Sempadan Darat & Maritim...

KUALA LUMPUR ā€“ Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail...

ā€˜Saya, Tok Mat Tak...

KUALA LUMPUR : Usul dua jawatan tertinggi UMNO yang tidak dipertandingkan adalah usul...

Alonso Akhiri Karier F1 Hujung Tahun Ini

LONDON – Juara dunia dua kali Formula Satu (F1), Fernando Alonso dari Sepanyol mengambil keputusan mengakhiri kariernya sebagai pemandu perlumbaan kereta paling mahal di dunia itu hujung musim ini selepas bergelut dengan prestasi tidak menentu bersama McLaren.

Pelumba berusia 37 tahun ini membuat pengumuman itu hari ini selepas bergelumang selama 17 musim dengan jentera F1. Sepanjang tempoh tersebut, dia berjaya memenangi 32 perlumbaan.

Apa yang mendorongnya berbuat demikian adalah disebabkan kerana kecewa gagal bangkit mencipta nama semula bersama McLaren. Sebelum ini bersama Renault, Alonso pernah muncul pelumba termuda meraih juara dunia pada 2005.


ā€œSaya telah lihat banyak perubahan. Ada yang baik dan ada yang buruk. Tapi tahun ini ketika masih memandu di tahap terbaik, ketika itulah saya teringat untuk membuat keputusan ini,ā€ katanya.

Selepas mencipta nama pada awal karier di Renault, Alonso berhijrah ke McLaren pada 2007 tetapi kemudiannya disambar Ferrari pada 2011. Empat tahun di Ferrari dia berjaya muncul naib juara dunia sebanyak tiga kali sebelum kembali ke McLaren pada 2015. – AFP

Kategori