Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Majlis Tunang Dikecam, Elfira...

PERTUNANGAN pelakon Elfira Loy dan penyanyi Sufian Suhaimi berlangsung Jumaat minggu lalu, namun...

Hafiz Hamidun Kumpul Bukti...

SUSULAN tindakan isterinya, Siti Arifah Mohd Amin atau Joy Revfa yang memfailkan permohonan...

Polis Tahan Pasangan Suami...

KUALA LUMPUR - Polis menahan sepasang suami isteri serta merampas 48 ketulan mampat...

Kes Pistol: Siasatan Mendapati...

JOHOR BAHRU - Hasil siasatan pihak polis mendapati pemain bola sepak Johor Darul...

Anak Lan Solo Jatuh, Dahi Koyak

KUALA LUMPUR – Anak penyanyi Lan Solo, Muhammad Akid Qassyaff, 4, dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas mengalami kecederaan pada bahagian dahi akibat terjatuh.

Menerusi perkongsian di Instagramnya, isteri penyanyi itu, Nur Sheila Hashim, memaklumkan insiden terbabit berlaku ketika dirinya menemani suami menjayakan temubual khas bersama sebuah stesen radio, semalam.

Katanya, sewaktu temubual sedang ke udara, dia menerima panggilan bertalu-talu daripada ibunya. Berasakan bagai ada sesuatu yang tidak kena, dia tetap mengangkat panggilan berkenaan walaupun tidak sepatutnya berbuat demikian.

Sebaik saja dimaklumkan mengenai insiden terbabit, mereka terpaksa meninggalkan konti dan bergegas pulang.

“Sampai saja di rumah, memang dia (Akid) menangis. Jadi, kami terus membawanya ke PPUM,” katanya.

Bagaimanapun, Sheila lega apabila diberitahu anaknya tidak mengalami kecederaan serius, sebaliknya dahi kanak-kanak itu cuma perlu digam.


Sementara itu, Lan menerusi Instagram miliknya meluahkan rasa syukur kerana Akid tidak perlu dijahit seperti pernah dilalui kanak-kanak terbabit, sebelum ini.

“Alhamdulillah, (luka) tidak terlalu serius. Tetapi sebagai ibu bapa, kerisauan tahap ‘gaban’ adalah lumrah! Tambahan pula inilah kali kedua dia koyak dahi, di tempat sama,” katanya sambil memberitahu, anaknya menerima tujuh jahitan dalam kejadian pertama.

Lan dan Sheila, 32, berkahwin pada 6 Disember 2009.

Selain Akid, pasangan ini dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 8, Nur Amna Qeesyara, 6, dan Nur Amna Quxandra yang berusia enam bulan. – BH Online

Kategori