Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Banjir Di Terengganu Semakin...

KUALA TERENGGANU - Situasi banjir di Terengganu semakin pulih pada tengah hari ini...

Alami Tekanan Perasaan, Wanita...

SEORANG wanita yang baru berkahwin nyaris maut lemas dalam sebuah perigi yang terletak di...

Lagi Ahli Parlimen Nafi...

PETALING JAYA - Seorang lagi ahli Parlimen menafikan menyokong Dr. Mahathir Mohamad sebagai...

Mahkamah Tolak Permohonan Peguam...

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan di sini pada Khamis menolak permohonan peguam Hisyam Teh...

Ancaman Bom Di Bangunan Sri Pentas Palsu

PETALING JAYA – Bangunan Sri Pentas di Bandar Utama di sini, dikosongkan malam tadi susulan panggilan ancaman bom namun pihak polis mengesahkan tiada objek mencurigakan ditemui.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata pihaknya menerima panggilan mengenai ancaman bom berkenaan pada 10.12 malam daripada seorang lelaki.

Berikutan itu, sepasukan unit bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dikejarkan ke lokasi.

“Tindakan polis mengarahkan kesemua staf keluar dan pemeriksaan mendapati tiada sebarang objek yang mencurigakan ditemui. Ini hanyalah panggilan palsu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Mohd Zani berkata kesemua kakitangan di Sri Pentas dibenarkan masuk kembali ke bangunan itu pada kira-kira 1.30 pagi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah. – BERNAMA

Kategori